Rider kena ‘sidai’ dengan pelanggan COD, tahu pesan, barang tak nak bayar

Rider kena ‘sidai’ dengan pelanggan COD, tahu pesan, barang tak nak bayar

Baru-baru ini tular di media sosial luahan beberapa penghantar barang (rider) yang kesal dengan sikap pelanggan apabila pembelian secara cash on delivery (COD) seolah-olah dipermainkan.

Kata mereka, ramai pelanggan yang secara tiba-tiba ingin membatalkan pesanan mereka sewaktu pihak penghantar sudah tiba di pintu rumah.

Antara alasan yang popular diberi adalah, kehabisan wang tunai di tangan, sudah tidak berminat dengan barangan tersebut dan pemilik barang tiada di rumah.

Rider kena 'sidai' dengan pelanggan COD, tahu pesan, barang tak nak bayar

Selain itu, ada juga penghantar barang menceritakan terdapat segelintir pelanggan yang langsung tidak keluar dari rumah setelah dipanggil berulang kali sehingga mereka terpaksa menunggu berjam-jam di luar pagar.

“Panggilan juga tak diangkat. Memang ramai rider kena ‘sidai’ dengan pelanggan COD. Tahu pesan, barang tak nak bayar. Seronok main tekan-tekan nak nampak macam berduit. Memang menyusahkan,” luah pemilik akaun TikTok @Zulzul99.
“Antara masalah pembelian COD, melayan ragam pelanggan. Sekali hantar bukannya jarak dekat ada mahu sampai 10km (kilometer). Kadang pergi balik 20km. Sia-sia sahaja bila pelanggan minta ‘return’ (pulang semula).

“Belum lagi perangai pelanggan yang bila kita sampai dia boleh pula kata kejap-kejap, sampai 30 minit kejapnya akhirnya kata tak ada duit. Minta sabar sahaja lah dugaan begini,” kongsi pemilik akaun TikTok @norsyam.

Baca Juga:
Hanya kerana kopi RM5.74, pengetua sekolah dipecat, hilang pencen
Pelajar 16 tahun ditahan, pandu pikap seludup ketum ke Thailand
Santan boleh simpan di luar peti sejuk dengan guna cara ini, boleh tahan sampai 3 hari
CATEGORIES