Rider bentang tikar tidur di kubur ibu meninggal akibat kemalangan undang sebak

Photo of author

By Syima Iza

Rider bentang tikar tidur di kubur ibu meninggal akibat kemalangan undang sebak.

Ibu dan ayah adalah orang tersayang bagi kita semua. Merekalah yang menjaga kita sejak kecil, mendidik, dan menjadi peneman setia bagi anak-anak.

Kehilangan mereka pasti akan memberi kesan yang mendalam. Bagi anak lelaki, ibu adalah cinta pertama yang sejati.

Rider bentang tikar tidur di kubur ibu meninggal akibat kemalangan undang sebak

Sebuah foto yang tular di media sosial baru-baru ini menunjukkan seorang pemuda yang meluangkan masa di pusara ibunya.

Foto tersebut diambil oleh seorang individu yang merasa bimbang selepas lebih sebulan tidak melihat pemuda itu menziarahi pusara ibunya.

Menurutnya, kali terakhir dia melihat pemuda tersebut adalah ketika dia tidur sebentar di tepi pusara ibunya selepas selesai membaca Surah Yasin.

“Selalunya, kalau saya datang ke sini, sama ada pagi atau petang, dia akan datang ziarah kubur ibunya. Kalau datang, dia siap bawa air teh ikat tepi. Lama dia bersila di tepi kubur ibunya,” kata individu itu.

Individu tersebut kemudian berniat untuk mengejutkan pemuda berkenaan apabila hampir masuk waktu Maghrib, namun anak-anaknya meminta agar memberi ruang kepada pemuda itu.

Ibu meninggal akibat kemalangan

Anak-anak pemuda itu memaklumkan bahawa ibu mereka meninggal dunia akibat kemalangan.

“Dia memang setiap hari ziarah kubur ibu dia yang meninggal sebab dilanggar. Ibunya adalah penjual nasi lemak di Bangi.

“Rupanya, masa saya dalam idah, anak-anak saya pun setiap hari ziarah kubur baba mereka, jadi rider ni pun bertanya mungkin.

“Itu yang budak-budak ni tahu kisah dia. Ibu rider ni meninggal lebih sebulan selepas suami saya dikebumikan di situ.”

Mengulas lanjut, individu ini berharap pemuda tersebut berada dalam keadaan sihat dan mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

“Nampak baik budaknya walaupun saya tidak pernah bersembang dengannya. Cara dia santuni kubur ibunya pun sudah cukup menunjukkan akhlak dia,” ujarnya.

Rider bentang tikar tidur di kubur ibu meninggal akibat kemalangan undang sebak

“Tipulah tak menangis lepas scroll video dia”

Perkongsian hantaran itu nyata membuatkan orang ramai berasa sebak setelah mengetahui kisah pemuda tersebut.

Menerusi semakan Lobak Merah, pemuda ini banyak berkongsi hantaran berkaitan ibunya di akaun TikToknya.

@abdulazim0796 5 Month already since umi pergi.. and still counting now sampai berjumpa hereafter. #kehilanganumiuntukselamanya #hancurkehilanganumi #UmiWanitaYangTerbaik #anaklelakiumi #kehilanganumi #rinduUmi #umihebatku❤️ #SayangUmiSampaiSyurga #TungguAzimTauUmi #kehilanganorangtersayang #kehilanganmuberatbagiku #kehilanganumitercinta #alfatihahbuatmu #anaklelakiumiabi ♬ suara asli – Ⓜ️🅰️Ⓜ️🅰️H ny🅰️ℹ️🆕 – Ⓜ️🅰️Ⓜ️🅰️H ny🅰️ℹ️🆕 official

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat dan mendoakan agar dia diberi ketabahan untuk mengharungi kehidupan tanpa kasih seorang ibu.

Salam takziah….

Baca Lagi:
Pelajar tingakatan 5 mati kena gigit dengan babi
Keluarga Malaysia ini buka gerai jual nasi kerabu di kota London raih lebih RM2 juta setahun
Rumah ‘corner lot’ serupa setinggan mahu disewa RM1,700 sebulan buat netizen terkejut