Ribuan lalat serang majlis perkahwinan, pengantin terpaksa tanggung malu

Photo of author

By Syima Iza

Ribuan lalat serang majlis perkahwinan, pengantin terpaksa tanggung malu.

Seorang wanita di Indonesia kecewa apabila majlis perkahwinannya menjadi suram disebabkan kehadiran beribu-ribu ekor lalat, lapor laman berita Suara.com

Wanita itu berkongsi kisah tersebut dalam akaun TikTok @Apat13243.

Ribuan lalat serang majlis perkahwinan, pengantin terpaksa tanggung malu

Menurutnya, beribu-ribu ekor lalat hinggap di atas bumbung rumah, dalam dapur, kerusi pengantin dan di atas pelbagai makanan yang dihidangkan kepada tetamu.

Walaupun beberapa pembantu cuba menghalau lalat itu, ia masih mengerumuni rumah mereka. Mereka cuba menggunakan racun serangga namun tidak berkesan.

“Kami sudah mencuba pelbagai cara termasuk menggunakan beberapa botol penyembur lalat dan ‘baygon’ tetapi tidak berkesan kerana jumlah lalat yang terlalu banyak,” katanya.

Pasangan itu mengaku mereka berasa malu dan tidak selesa dengan kehadiran lalat itu. Mereka juga bimbang sekiranya tetamu jemputan enggan makan semasa majlis akibat jijik.

Setelah disiasat, kejadian itu berpunca daripada sebuah ladang menternak ayam yang terletak berhampiran rumah mereka

@apat13243 Membalas @tyominyo hal yang harusnya menjadi kebahagiaanku, namun saat itu berubah jadi moment yang menakutkan, pikirku jadi was-was, senyumku jadi palsu, dan perjuanganku selama ini sepertinya jadi kekecewaan banyak orang terutama keluargaku😌 aku gak sempat video karena benci rasanya saat itu, aku dapat video ini dari MC ku waktu itu #fyp #pernikahan #pernikahanviral #wedding #lalat #lalatparasit #kecewa #duniatiputipu ♬ Tutur Batin – Yura Yunita

Baca Lagi:
Isteri kecewa suami gila seks tergamak bertukar foto tunjuk kemaluan dengan bini orang
Penyamun tersilap rumah, nak rompak rumah taukey lembu, kambing tersalah masuk rumah jiran
Bukan sembang kosong, Puteri Sarah tunjuk bukti saman kakak ipar Ira Kazar