Ribuan ikan bilis terdampar di pantai Dungun, orang ramai bimbang berlaku kejadian tak diingini.
Ribuan ikan bilis dilaporkan mendarat di Pantai Sura, Dungun, Terengganu semalam.
Melalui satu klip video yang dimuat naik di laman sosial TikTok, pengunjung di pantai tersebut tidak melepaskan peluang untuk mengutip ikan-ikan bilis yang terdampar di pesisir pantai.
Difahamkan, fenomena yang sama dipercayai turut melanda bahagian selatan pantai di Jogjakarta, Indonesia, baru-baru ini dan telah mendapat liputan meluas dalam media tempatan di negara tersebut.
Di ruangan komen, ramai orang menunjukkan kebimbangan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seperti banjir besar yang pernah melanda negeri Terengganu sebelum ini.
“Kalau di Kelantan tahun 2004 dan 2014 banjir besar berlaku, ingat juga ini 2024. Saya fikir jangan seronok sangat, kita minta dengan Allah supaya dijauhkan segala bencana,” ujar Amar.
“Betul, jangan tolak rezeki depan mata, tetapi berdoalah kepada Allah agar dihindarkan perkara buruk daripada berlaku,” jelas IrfanLC.
“Semoga semuanya baik-baik sahaja. Ini pun sudah masuk bulan Oktober, Pantai Timur biasanya akan mengalami kejadian banjir. Semoga dipermudahkan,” kata Usop87.
@rani1964hamid Muslim Bilis Di Pantai Sura Dungun Trg. 12/10/2024 7am #tv3malaysia #tv3 #pantaisuradungun #bilis #pantaisuradungun #fyppppppppppplllllシツ♡♡♡💖💕 ♬ original sound – RANIJOMKURUS
@rani1964hamid #fyppppppppppplllllシツ♡♡♡💖💕 #bilis #pantaisuradungun #tv3 #tv3malaysia ♬ original sound – RANIJOMKURUS