Ribuan ikan Arowana ditemui dalam anak sungai

Ribuan ikan Arowana ditemui dalam anak sungai

Ribuan ikan spesies arowana ditemui dalam kawasan anak sungai dan parit sekitar kawasan Layang dan Simpang Renggam, sejak semalam.

Ikan hiasan bersisik emas dan putih dengan anggaran berat dua kilogram dipercayai dihanyutkan dari kawasan kolam ternakan berdekatan.

Justeru, penduduk sekitar tidak melepaskan peluang menangkap ikan tersebut menggunakan jala dan jaring.

Ribuan ikan Arowana ditemui dalam anak sungai

Aktiviti menangkap ikan itu bagai satu pesta bagi penduduk setempat.

Malah, ada yang menjadikan ikan hiasan tersebut sebagai hidangan makan tengah hari.

Video aktiviti penduduk menangkap ikan tersebut tular di media sosial sejak semalam. Spesies ikan tersebut turut dihanyutkan hingga ke Sungai Sayong dan Kota Tinggi.

Dalam pada itu, seorang penternak ikan arowana komersial yang dikenali sebagai Ng Ah Phau ketika dihubungi berkata, ikan tersebut adalah miliknya yang diternak di 13 kolam di Kampung Tengah Layang, di sini.

Katanya, lebih 15,000 ikan arowana induk yang dipeliharanya sejak 30 tahun lalu hanyut selepas kolamnya pecah awal pagi semalam, menyebabkan beliau menanggung kerugian jutaan ringgit. Susulan kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Simpang Renggam petang semalam.

Ia bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan sama ada kejadian itu berpunca dari perbuatan sabotaj atau sebaliknya.

Ikan spesies arowana yang dipeliharanya dieksport ke beberapa negara termasuk Singapura, Jepun, Britain, dan Australia.

Difahamkan harga pasaran bagi seekor arowana induk dijual pada harga RM2,000 hingga RM3,000 seekor berdasarkan spesies dan saiz.

Baca Juga:
Termakan dakyah pempengaruh boleh kaya tanpa sijil SPM antara faktor 10,000 calon tidak hadir peperiksaan
Wanita mengigil satu badan selepas lihat rakaman video adik sedang mandi dalam phone suami
Ibu, anak perempuan tercampak di tengah jalan raya dihempap dahan pokok reput
CATEGORIES