Difahamkan, selain wanita berkenaan, ibu mentuanya turut menghadiahkan gelang emas itu kepada semua menantunya.
Pernikahan bukan sekadar penyatuan dua jiwa semata-mata, tetapi juga penyatuan dua keluarga yang berbeza.
Bagi beberapa individu, selain daripada cinta kepada pasangan, perlakuan ahli keluarga terhadap mereka juga menjadi salah satu kriteria yang dinilai sebelum berkahwin dengan seseorang.
Ini kerana ada segelintir individu yang tidak diberikan keluarga mertua dan ipar yang baik. Walaubagaimanapun, masih ada yang diberikan rezeki untuk mendapat keluarga mertua yang baik dalam layanannya.
Ibu Mentua Beri Gelang Emas Kepada Menantu Perempuan
Menerusi video di akaun TikTok @syahidahirsa, wanita yang dikenali sebagai Syahida itu berkongsi momen indah ketika menerima hadiah daripada ibu mentuanya.
Difahamkan, hadiah berupa gelang emas itu diberikan oleh ibu mentuanya kepada dia dan semua menantu perempuan.
Melalui video yang dikongsikan, kelihatan Syahida berasa teruja dan gembira ketika menerima pemberian tersebut.
@syahidahirsaInsyaAllah the best rezeki one could ever doa for 🥹🤍 semoga murah lagi rezeki dipermudahkan segala urusan my mak mertua
Malah, dia juga terus memeluk dan mengucapkan terima kasih kepada ibu mentuanya itu.
“Insya-Allah, rezeki yang sentiasa didoakan, semoga murah lagi rezeki dan dipermudahkan urusan mak mentua,” tulis wanita berkenaan.
Warganet Tumpang Gembira
Video yang mendapat tontonan lebih 850 ribu itu nyata menarik perhatian ramai. Rata-rata daripada mereka turut gembira melihat video tersebut.
Malah, kebanyakan daripada mereka turut berkongsi detik indah bersama ibu mentua dengan cara mereka tersendiri.
Namun, ada juga yang mendoakan agar diberikan peluang dan rezeki untuk mendapat ibu mentua yang baik kerana mereka tidak pernah berasa sedemikian.
Berikut adalah antara komen warganet:
“Rezeki, Satu Dalam Sejuta Emak Mentua Macam Ni”