Rezeki pengantin dapat hadiah gelang emas dari BFF chinese

Photo of author

By Syima Iza

Salah seorang rakan pengantin perempuan dilihat memberikan sebuah beg kertas yang mengandungi hadiah kahwin berupa gelang emas kepadanya.

Sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan individu, jika ada rakan baik yang bakal melangsungkan perkahwinan, antara perkara pertama yang difikirkan adalah hadiah buat mereka.

Ini kerana pemberian hadiah merupakan satu tanda yang membawa maksud ucapan tahniah kepada pasangan pengantin baru itu.

Rezeki pengantin dapat hadiah gelang emas dari BFF chinese

Lazimnya, rata-rata individu memilih hadiah yang dapat digunakan oleh pasangan pengantin seperti barang elektrik atau peralatan rumah seperti kuali, blender, dan set pinggan mangkuk.

Terharu Dapat Hadiah Barang Kemas Sebagai Hadiah Kahwin

Namun, berbeza pula dengan seorang pengantin perempuan ini apabila mendapat hadiah berharga daripada rakan-rakan baiknya yang berbangsa Cina.

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @dik_wan96, pengantin perempuan itu menangis terharu kerana menerima seutas gelang emas sebagai hadiah perkahwinan.

Melalui video berkenaan, dapat dilihat pasangan pengantin itu pada mulanya sedang beramah mesra bersama tiga orang perempuan berbangsa Cina yang dipercayai merupakan kawan baik pengantin perempuan.
@dik_wan96Best kan ada BFF Chinese 🤭♬ perayaan mati rasa – 𝘿𝙞𝙢𝙚𝙣𝙨𝙞𝙑𝙞𝙗𝙚𝙨🎧

Apa yang menjadi perhatian adalah salah seorang rakan pengantin perempuan itu memberikan sebuah beg kertas yang mengandungi hadiah kahwin kepadanya.

Malah, rakannya turut meminta dia membuka hadiah berkenaan di hadapan mereka. Apa yang mengejutkan adalah hadiah tersebut berupa seutas gelang emas.

Pemberian itu nyata mengejutkan pengantin perempuan hingga menyebabkan dia menjerit dan mahu menangis.

Namun, dia dilihat mengawal dirinya dari mengeluarkan air mata kerana tidak mahu merosakkan solekannya di hari bahagia itu.

Rezeki pengantin dapat hadiah gelang emas dari BFF chinese

Baca Juga:
Fattah nafi dakwaan rumah tangga retak menanti belah
Pengantin akad nikah pukul 4 pagi jadi tanda tanya
Pistol Napoleon bertatah emas dan perak dilelong RM8.6 juta