Rezeki musim banjir, ikan sepat masuk dalam rumah penduduk

Photo of author

By Syima Iza

Rezeki musim banjir, ikan sepat masuk dalam rumah penduduk.

Di sebalik ujian banjir, ada juga yang memperoleh rezeki apabila pelbagai jenis ikan masuk ke kawasan rumah penduduk.

Menerusi perkongsian di TikTok @Dya Yaya, beberapa ekor ikan sepat kelihatan masuk ke kawasan rumahnya, dan penduduk di situ tidak melepaskan peluang untuk menangkapnya.

Rezeki musim banjir, ikan sepat masuk dalam rumah penduduk

“Dalam dugaan ada kemanisan, boleh main tangkap ikan sepat,” tulis kapsyen pada video tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai teruja dan terhibur melihat ikan-ikan tersebut yang meluru masuk ke kawasan rumah wanita itu.

“Inilah yang dikatakan rezeki datang bergolek,” komen Omar San.

“Terhibur saya, semoga Allah permudahkan semua urusan kita. Amiin,” tulis Pingu.

“Rindunya, masa kecil-kecil ketika banjir macam-macam ikan ada dekat parkir kereta. Ikan sepat, haruan dan keli pun ada,” kata Norzarini Mazuki.

Sehingga kini, video berdurasi 21 saat itu telah ditonton sebanyak 3.8 juta kali dan menerima tanda suka sebanyak 34,000.

@jelitaspa_kterengganu dalam dugaan ade kemanisan,boleh main tangkap ikan sepat🤣🤣🤣 #ganubanjir2024 #bukitbesarkualaterengganu ♬ original sound – Dya Yaya

Baca Lagi:
Proton Wira jadi ‘King’ baharu, selamba redah banjir di Kelantan buat netizen kagum
Rakyat Malaysia berebut nak pergi UK jadi tukang batu, gaji ditawar RM900 sehari
Legenda muzik Ahmad Nawab meninggal dunia pada usia 92 tahun