Restoran Uncle Roger terpaksa ditutup, peminat serbu IShowSpeed sedang menjamu selera

Photo of author

By Syima Iza

Restoran Uncle Roger terpaksa ditutup, peminat serbu IShowSpeed sedang menjamu selera.

Kehadiran YouTuber terkenal, IShowSpeed di restoran Uncle Roger di Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur telah menarik perhatian ramai peminatnya yang menyerbu lokasi tersebut.

Menerusi video yang tular di TikTok, kelihatan peminat mula tidak terkawal selepas mengetahui Speed, atau nama sebenarnya Darren Jason Watkins Jr., singgah menjamu selera di restoran Uncle Roger.

Restoran Uncle Roger terpaksa ditutup, peminat serbu IShowSpeed sedang menjamu selera

Akibat insiden itu, pihak restoran terpaksa menutup pintu untuk menghalang peminat daripada mengganggu ketenteraman orang awam yang sedang makan di restoran tersebut. Dalam pada itu, Speed sempat menelefon Uncle Roger dan mencuba nasi goreng, hidangan utama restoran tersebut.

Meninjau ruangan komen, netizen berpendapat bahawa tindakan peminat YouTuber itu keterlaluan dan ada yang bersimpati dengan Speed kerana terpaksa melayan karenah mereka yang menakutkan.

Antara komen yang ditinggalkan termasuk:

@brianleemy Uncle Roger’s Restaurant Fuiyoh forced to close down due to the overwhelm lost control fans of famous IShowSpeed (his stream went over 30million & he rated Uncle Roger’s Fried Rice 9/10) #uncleroger #nigelng #ishowspeed #speed #streamer #youtuber #pavilionkl #fuiyoh #kualalumpur #malaysia ♬ original sound – Brian Lee

“Sebab dia, Uncle Roger terpaksa tutup kedai.”

“Uncle Roger mungkin membayar Speed dengan jumlah wang yang besar, tetapi akhirnya dia terpaksa menutup gerainya dan tidak memperoleh sebarang hasil daripada orang ramai.”

“Saya sebenarnya tidak faham kenapa perkara ini boleh terjadi,” komen dari seorang netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 550,100 tontonan dan 16,000 tanda suka.

Baca Juga:
Pengerusi eksekutif GISBH disekat ke luar negara, bakal dipanggil polis
‘Keluarga Tiong’ pemilik tanah persendirian ke-2 terbesar di New Zealand rupanya dari Sarawak
Peniaga Petaling Street terkejut, iShowSpeed mahu bayar RM510 untuk jam Rolex tiruan