Restoran sudah beroperasi setengah abad ‘kantoi’ guna logo halal palsu

Photo of author

By Syima Iza

Restoran sudah beroperasi setengah abad ‘kantoi’ guna logo halal palsu.

Sebuah restoran yang telah beroperasi lebih daripada setengah abad di sini telah dikenakan tindakan kerana menggunakan logo halal yang tidak sah.

Serbuan dilakukan pada jam 12.30 tengah hari semalam oleh pasukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK).

Restoran sudah beroperasi setengah abad 'kantoi' guna logo halal palsu

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail, berkata semakan mendapati premis tersebut pernah memohon sijil halal pada tahun 2021 tetapi permohonan tersebut tidak diluluskan.

“Pemeriksaan mendapati premis berkenaan mempamerkan logo halal tanpa sijil yang sah, dan kesalahan ini melanggar Perintah 8 (a) Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.”
“Turut dirampas adalah salinan lesen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), salinan lesen pihak berkuasa tempatan (PBT) serta dua unit banting pelekat yang tertera logo halal dan dua unit papan tanda kedai, menjadikan nilai rampasan berjumlah RM150,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azman berkata, jika sabit kesalahan, denda yang dikenakan tidak melebihi RM200,000 bagi pertubuhan atau perbadanan, manakala untuk kesalahan kedua atau seterusnya, denda boleh mencecah sehingga RM500,000.

“Jika bukan pertubuhan atau perbadanan, denda yang dikenakan adalah tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

“Bagi kesalahan kedua atau seterusnya, denda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Baca Lagi:
Padah hina bendera Malaysia, IG pemain E-Sport Amerika Syarikat diserang netizen
Wanita dedah individu ada barang kemas tapi dapat duit zakat, siap mampu pergi melancong
Balai polis diserang 200 ekor monyet