Restoran diarah tutup serta merta selepas suami isteri jumpa bangkai tikus dalam kuah tosai

Photo of author

By Syima Iza

Sebuah restoran di bandar Ahmedabad, India ditutup selepas sepasang suami isteri mendakwa menemui bangkai tikus di dalam makanan yang dihidangkan, lapor portal berita India Today hari ini.

Avinash, yang merupakan penduduk Ahmedabad, mendakwa bahawa dia menemui bangkai haiwan pengotor itu sebelum hidangan tosai mereka tiba semalam.

Dia datang ke restoran tersebut bersama isterinya.

Restoran diarah tutup serta merta selepas suami isteri jumpa bangkai tikus dalam kuah tosai

Kuah itu dihidangkan kepada mereka sebelum pesanan tosai tiba.

Avinash kemudian terkejut apabila menemui bangkai tikus dalam makanannya.

Lelaki itu memaklumkan kepada kakitangan restoran dan melaporkannya kepada pihak berkuasa perbandaran di Ahmedabad.

Restoran itu kemudian telah ditutup atas arahan pihak berkuasa.

Baca Juga:
Anak makan bersepah, kedai makan kenakan denda RM5
Pelakon Redza Rosli sah bergelar suami kepada Bella Hanna
Arab Saudi arah pendekkan tempoh khutbah Jumaat kepada 15 minit