Respons Eyka Farhana terhadap pertanyaan Akhyar Rashid ‘Kita bila lagi’ buat peminat berdebar.
Demikianlah pertanyaan ringkas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid kepada pelakon Eyka Farhana, seolah-olah memberi bayangan untuk mengajak aktres itu mendirikan rumah tangga.
Pertanyaan tersebut diajukan selepas Eyka, atau nama penuhnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 29, memuat naik gambar mereka menghadiri perkahwinan sepupunya.
Tidak berdiam diri, pelakon drama Lelaki Melayu Terakhir itu membalas pertanyaan tersebut dengan memberi petanda bahawa perkahwinan mereka akan dilangsungkan dalam masa terdekat.
“Akan datang, insya-Allah. Sayang awak b!” tulis Eyka.
Rata-rata peminat gembira dengan kenyataan tersebut dan tidak sabar menunggu hari bahagia mereka.
“Tersipu-sipu sampai sini,” kata seorang peminat.
“Semoga dipermudahkan, amin. Tak sabar,” ujar seorang pengikut.
“Semoga dipermudahkan urusan kalian berdua,” tambah seorang netizen.
Sebelum ini, Eyka mengakui masih belum mempunyai perancangan untuk menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih dalam masa terdekat.
Terdahulu, Eyka dilihat menutup status perhubungannya dengan kekasih hati daripada umum, namun mula terbuka berkongsi kisah cinta bersama pemain bola sepak berusia 25 tahun itu sejak 2020.