Respon gadis tak mahu ‘Dating’ lelaki dari Kelantan undang pelbagai reaksi

Photo of author

By Syima Iza

Respon gadis tak mahu ‘Dating’ lelaki dari Kelantan undang pelbagai reaksi.

Sekumpulan gadis tempatan yang enggan memilih atau mengenali lelaki dari satu negeri ini untuk dijadikan pasangan telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Menerusi satu video tinjauan yang dibuat oleh seorang wanita, dia telah menemu bual beberapa gadis tentang lelaki dari negeri mana yang mereka tidak akan jadikan pasangan atau keluar bersama untuk menjalin hubungan serius.

Respon gadis tak mahu 'Dating' lelaki dari Kelantan undang pelbagai reaksi

Hampir kebanyakan wanita yang ditemui memberikan pendapat yang sama, iaitu mereka tidak mahu bersama dengan lelaki yang berasal dari Kelantan.

Ada juga seorang gadis yang menyuarakan pendapatnya tidak mahu dating bersama lelaki dari Terengganu.

Dalam temu bual itu, mereka menyatakan tiada sebab tertentu mengapa lelaki Kelantan bukan pilihan. Namun, ada juga yang menjadikan faktor bahasa dan lokasi yang jauh sebagai alasan.
Tidak kurang juga yang mendakwa mempunyai pengalaman sendiri serta mendengar pengalaman orang lain tentang individu dari negeri tersebut menyebabkan mereka enggan memilih lelaki dari negeri yang terkenal dengan gelaran serambi Mekah itu.

Video terbabit bagaimanapun telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen, rata-ratanya tidak bersetuju kerana sikap seseorang itu bergantung kepada diri sendiri, bukanlah dinilai melalui sesebuah negeri.

Respon gadis tak mahu 'Dating' lelaki dari Kelantan undang pelbagai reaksi

Respon gadis tak mahu 'Dating' lelaki dari Kelantan undang pelbagai reaksi

Respon gadis tak mahu 'Dating' lelaki dari Kelantan undang pelbagai reaksi

Dalam pada itu, netizen juga mempersoal tindakan individu yang membuat content sebegitu yang dilihat akan mencetuskan perdebatan ramai.

Baca Lagi:
Aliff Syukri sedih setelah 10 tahun Wisma D’Herbs bakal ditutup
Banduan pertama bergelar doktor falsafah dalam penjara dapat pengampunan dari Sultan Selangor
Lelaki ini tak menyesal tikam 3 beradik hingga ada maut kerana diejek ‘Kudis’