Remy Ishak umum nama putera sulung, pilih nama klasik melayu untuk anak

Photo of author

By Syima Iza

Remy Ishak umum nama putera sulung, pilih nama klasik melayu untuk anak.

Genap tiga minggu bergelar bapa, Remy Ishak mengumumkan nama putera sulungnya, Tuah Alam.

Remy mengumumkan nama anaknya itu melalui entri di Instagram (IG) yang memaparkan klip video program Oh Baby Remy, semalam.

Remy Ishak umum nama putera sulung, pilih nama klasik melayu untuk anak

Dalam hantaran itu, Remy memberitahu, dia dan isteri, Ezza Yusof bersetuju menamakan anak mereka, Tuah Alam.

Remy atau nama sebenar, Mohammad Zalimei Ishak, 41, berkata, dia mahu nama anak mempunyai unsur Melayu.

“Ketika saya bujang dahulu, saya terfikir hendak letak nama anak yang ada unsur Melayu. Saya sudah berbincang dengan Ezza, dia setuju. Apabila saya beri nama itu, dia terus okay.

“Selain Tuah Alam, kita ada letak beberapa nama lain seperti Tuah Arjuna dan Tuan Alexander. Kenapa Alexander? Sebab saya ada baca buku Alaxander Zulkarnain mengenai agama.

“Tetapi, akhir sekali, kita ‘lock’ Tuah Alam. Ada sebab kenapa pilih nama Tuah. Ia bukan semata-mata nama pahlawan Melayu dulu-dulu,” katanya.

Pada masa sama, Remy berkata, ada sebab tersendiri mengapa beliau memilih nama Melayu berbanding Arab, selain percaya nama Tuah Alam mampu memberi aura positif kepada semua orang.

“Ada orang yang nak letak nama Arab dengan maksud yang bagus. Tapi, bagi saya, kenapa tak letak nama Melayu terus?

“Tuah adalah tuah atau ‘luck’. Jadi, daripada pakai nama Arab, saya pakai nama Melayu.

“Alam itu sangat peribadi kepada saya. Ketika itu, saya baca al-Quran selepas solat. Jadi, Alam itu saya dapat ilham daripada ayat pertama surah al-Baqarah.

“Nama ini adalah gabungan huruf alif, lam dan mim. Bila digabungkan, jadilah Alam,” katanya.

Pada 27 Julai lalu, Ezza selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada jam 11.17 pagi di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

Remy dan Ezza yang juga ahli perniagaan, mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun berkenalan.

Baca Lagi:
Wanita India ini amal 3 ajaran Islam dalam kehidupan seharian buat netizen terkedu
JPN nafi 54,000 warga China dalam proses jadi warganegara Malaysia
Isteri mati kena cekik depan anak selepas sekat akaun suami di Instagram