Remaja ulang kaji sambil jaga ibu terlantar di hospital raih perhatian ramai.
Di TikTok, tular satu video menyentuh hati memaparkan seorang remaja lelaki yang begitu tekun belajar sambil menjaga ibunya yang terlantar sakit di hospital.
Jaga Ibu Terlantar di Hospital
Menerusi perkongsian tersebut, remaja yang dikenali sebagai Nazrin berkongsi detik dirinya mengulang kaji pelajaran dengan tenang sambil menguruskan keperluan ibunya yang sakit.
Menurut Nazrin, dia menganggap situasi yang dialaminya sebagai satu ujian untuk mendidik dirinya menjadi lebih matang dan tabah menghadapi cabaran kehidupan. Dia juga percaya bahawa setiap ujian yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri.
“Sebab itulah, kita dalam hidup ini kan, bila kita diuji dengan banyak gila dugaan, janganlah anggap itu sebagai dugaan semata-mata. Anggaplah itu sebagai satu ‘journey’ untuk kau menjadi lebih matang dan pasti ada hikmah di sebaliknya.”
Sokongan dan Doa Netizen
@whrenaz552024❤️
Setakat artikel ini ditulis, video perkongsian Nazrin telah meraih lebih 290,000 tontonan dan 63,000 tanda suka.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Nazrin. Ramai juga yang mendoakan agar urusan Nazrin dan keluarganya dipermudahkan serta berharap dia terus kuat menjalani ujian ini.
Kisah seperti ini menjadi inspirasi kepada orang ramai untuk lebih menghargai ibu bapa dan menghadapi cabaran hidup dengan penuh keikhlasan.