Remaja perempuan telan telefon bimbit selepas bergaduh dengan abang

Photo of author

By Syima Iza

Remaja perempuan telan telefon bimbit selepas bergaduh dengan abang. Remaja perempuan berusia 18 tahun terpaksa menjalani pembedahan kecemasan selepas menelan telefon bimbit ketika bertengkar dengan abangnya.

New York Post melaporkan, kejadian berlaku di Amayan, daerah Bhind di Madhya Pradesh, pada Jumaat lalu.

“Pertengkaran dua beradik itu membawa kepada musibah,” kata seorang doktor yang terbabit pembedahan di Hospital Jaya Arogya kepada Times of India.

Remaja perempuan telan telefon bimbit selepas bergaduh dengan abang

Menurutnya, dua beradik itu dilaporkan bertengkar dan berebut telefon bimbit buatan China, sebelum mangsa nekad menelan peranti mudah alih itu untuk menghentikan pertengkaran mereka.

“Apabila perasaan marah memuncak semasa pertengkaran, remaja terbabit mengambil langkah impulsif dengan menelan telefon bimbit itu,” katanya.

Tidak lama kemudian, gadis itu mula mengalami sakit perut teruk dan muntah berterusan yang menyebabkan keluarganya membawa dia ke hospital di bandar Gwalior.

Sebaik tiba di hospital, pakar bedah menjalankan beberapa ujian ke atas remaja itu termasuk imbasan tomografi berkomputer (CT Scan), X-ray dan ultrasound.

Pakar bedah memutuskan mereka tidak dapat mengeluarkan telefon bimbit melalui kaedah endoskopi dan hanya boleh berbuat demikian melalui pembedahan.

Sementara itu, ketua pakar bedah Dr Naveen Kushwah berkata, pasukannya berjaya mengeluarkan peranti itu selepas melakukan pembedahan selama dua jam.

Remaja itu dilapor stabil dan menerima 10 jahitan.

Baca Lagi:
Penggali kubur dapat duit raya RM1,000
TMJ kongsi detik cemas jumpa buaya
Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 sebelum jumaat ini