Remaja perempuan rebah kulit berubah menjadi biru, paru-paru pecah akibat ‘vape’

Photo of author

By Syima Iza

Seorang remaja perempuan nyaris maut akibat paru-paru pecah dan berlubang selepas dia menghisap rokok elektronik (vape) menyamai jumlah 400 batang rokok konvensional dalam masa satu minggu, lapor akhbar Metro UK semalam.

Remaja bernama Kyla, 17, itu dilaporkan rebah dan kulitnya berubah ‘kebiru-biruan’ ketika menginap di rumah seorang rakan, pada 11 Mei lalu.

Kyla berkata, dia tidak menyangka tabiat itu akan mengancam nyawanya. Menurut remaja itu, kantung udara paru-parunya menjadi kecut dan pecah akibat menghisap vape secara berlebihan.

Remaja perempuan rebah kulit berubah menjadi biru, paru-paru pecah akibat 'vape'

Remaja perempuan itu dibawa ke hospital dan terpaksa menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk mengeluarkan sebahagian paru-parunya.

“Ketika saya berumur 15 tahun, ia (vape) mula menjadi popular. Semua rakan saya menghisapnya, saya fikir ia tidak berbahaya dan saya akan baik-baik saja.

“Saya mengambil kira-kira 4,000 sedutan dalam masa seminggu,” kata Kyla.

Bilangan sedutan itu menyamai menghisap 400 batang rokok dalam seminggu atau 57 batang sehari.

Pengalaman pahit itu membuatkan Kyla trauma dan berhenti menghisap vape.

Bapa Kyla, Mark Blythe menasihati orang ramai terutamanya golongan muda supaya tidak terjebak dengan rokok elektronik kerana ‘ia tidak berbaloi’.
Baca Juga:
Peminta sedekah tolak terima wang yang banyak undang reaksi netizen
Kieda Crepe dedah gambar suspek pecah rumah, siap bergambar pakai emas miliknya
Jangan terkejut, ini jumlah bayaran diterima Shah Rukh Khan dalam filem Kuch Kuch Hota Hai