Remaja perempuan 15 tahun mati dibunuh, mayat dibuang dalam semak berlumpur

Photo of author

By Syima Iza

Remaja perempuan 15 tahun mati dibunuh, mayat dibuang dalam semak berlumpur. Seorang remaja perempuan ditemui mati disyaki dibunuh di kawasan setinggan Kampung Forest, Sandakan, hari ini.

Mayat mangsa berusia 15 tahun itu ditemui orang ramai kira-kira jam 10 pagi sebelum kejadian dilaporkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, mayat remaja perempuan itu ditemui dalam kawasan semak dan berlumpur.

Remaja perempuan 15 tahun mati dibunuh, mayat dibuang dalam semak berlumpur

“Siasatan awal mendapati mangsa mati dibunuh dan mayat dibawa ke Bilik Mayat Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk dibedah siasat.

“Susulan itu, pada jam 12.30 tengah hari tadi polis menahan seorang lelaki warganegara asing berusia 22 tahun berhampiran lokasi kejadian.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Fuad berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Baca Lagi:
Isteri ‘kantoi’ ditangkap suami check in bersama suami orang dalam bilik hotel
Wajah gadis mirip Alif Satar viral di TikTok, sekali tuan badan datang komen
Bekas pemain tengah Sabah, Sarawak, Bobby Chua meninggal dunia