Remaja panjat bumbung rumah intai ‘kekasih hati’ dikepung penduduk kampung

Remaja panjat bumbung rumah intai ‘kekasih hati’ dikepung penduduk kampung

Remaja panjat bumbung rumah intai ‘kekasih hati’ dikepung penduduk kampung.

Seorang remaja di Bogor, wilayah Jawa Barat dikepung orang ramai kerana disangka pencuri yang memanjat bumbung rumah, lapor laman berita Detik semalam.

Selepas disiasat, remaja berusia 15 tahun itu mengaku dia sebenarnya mengintai rakan baiknya yang disukai sejak zaman kanak-kanak.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah, Polis Klapanunggal, Iptu Zalukhu, remaja lelaki itu pergi menemui rakan perempuannya tersebut di rumah, namun dia tidak dihiraukan.

Remaja panjat bumbung rumah intai 'kekasih hati' dikepung penduduk kampung

“Si gadis enggan membuka pintu rumah (kerana sudah malam), namun remaja itu tetap menunggu di luar.

“Dia kemudian mengintai gadis berkenaan sebelum perbuatan itu disedari ibu bapa gadis tersebut,” kata Zalukhu.

Disebabkan panik dikejar penduduk yang memanggilnya pencuri, remaja lelaki itu memanjat ke atas bumbung rumah dan bersembunyi sehingga polis tiba.

“Justeru, dia memanjat bumbung bukan kerana mahu mencuri. Sebaliknya, ditangkap ketika sedang mengintip, lalu melarikan diri dan memanjat ke atas bumbung rumah,” jelas Zalukhu.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, orang ramai dilihat berkerumun di kawasan sekitar rumah sambil meminta remaja itu turun.

Polis melepaskan tembakan amaran ke udara sejurus tiba bagi mendesak remaja itu untuk turun sebelum menahannya.

Baca Lagi:
Tak sempat habiskan al-Fatihah, boleh ke tinggal bacaan sebab imam dah rukuk? Ini penjelasannya
Piramid tertua di dunia ditemui tersembunyi di bawah Gunung Padang
Pengantin perempuan dirasuk di majlis perkahwinan, menari sampai tak sedar diri
CATEGORIES