Remaja berhutang RM13,000 dengan 12 Ah Long kerana ‘girlfriend’ mengidam nak makan siakap 3 rasa

Photo of author

By Syima Iza

Remaja berhutang RM13,000 dengan 12 Ah Long kerana ‘girlfriend’ mengidam nak makan siakap 3 rasa.

Seorang remaja berusia 15 tahun kini terjerat dengan pinjaman Ah Long selepas berhutang sebanyak RM13,000.

Memetik laporan NST, remaja lelaki itu sanggup membuat pinjaman tidak berlesen semata-mata untuk memenuhi kehendak teman wanitanya yang ingin menikmati hidangan ikan siakap tiga rasa, asalkan rahsia dia tiada duit tidak diketahui kekasihnya.

Remaja berhutang RM13,000 dengan 12 Ah Long kerana 'girlfriend' mengidam nak makan siakap 3 rasa

Perkara itu didedahkan oleh Pusat Pengajian Fardu Ain dan Al-Quran, Darul Muttaqim (DM), yang mana siasatan mendapati remaja dari Selangor itu telah berhutang dengan 12 orang Ah Long.

Menurut Pengurus Pusat Pengajian Fardu Ain dan Al-Quran DM, Fariz Izhar Adrus, remaja terbabit telah meminta bantuan dari pihak mereka dan perkara berkenaan dimaklumkan kepada ibu bapanya.

“Remaja itu terjumpa iklan di TikTok untuk pinjaman Ah Long selepas teman wanitanya mengidam ikan siakap.
“Mungkin dia terlalu malu (meminjam wang daripada ibu bapanya), dan akhirnya, dia meminjam daripada Ah Long.
“Ibu bapa remaja itu adalah penjawat awam. Bagaimanapun, dia kini tinggal bersama bapa saudaranya, kerana tidak mahu bersekolah lagi,” katanya.

Tambahnya, remaja terbabit antara lebih 3,700 kes membabitkan individu berusia 15 hingga 60 tahun yang menghadapi masalah dengan pinjaman tidak berlesen, yang telah diselesaikan dalam tempoh tiga tahun lepas.

Baca Lagi:
Warga asing mabuk gaduh dengan lelaki tempatan, korek bebola mata hingga terkeluar
Langgar lampu isyarat merah, pacuan empat roda dikejar sejauh 180km dari Muar sampai KL
Senarai pemenang ‘Toilet Of The Year 2024’ buat ramai netizen teruja