Remaja 13 tahun didakwa liwat sepupu lelaki berusia 6 tahun

Remaja 13 tahun didakwa liwat sepupu lelaki berusia 6 tahun

Remaja 13 tahun didakwa liwat sepupu lelaki berusia 6 tahun.

Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kemaman atas pertuduhan meliwat sepupu lelakinya yang berusia enam tahun.

Tertuduh yang berusia 13 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Smir Sharifuddin.

Remaja 13 tahun didakwa liwat sepupu lelaki berusia 6 tahun

Mengikut kertas pertuduhan, remaja terbabit didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di daerah ini, kira-kira jam 12.23 tengah hari pada 25 November lalu.

Tertuduh yang juga pesalah juvana, didakwa mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan.

Sharifah Amirda Shasha menetapkan sebutan semula kes pada 3 Januari depan.

Mahkamah turut membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin, serta syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mendekati dan mengganggu mangsa.

Baca Lagi:

Wanita terkejut, terima ‘voicenote’ dari suami buta jatuh dalam lubang di laluan tactile

Kes saman RM2.5 juta selesai, Nana & lima sekawan berdamai!

Guna bahasa kasar punca Warner Music tamatkan kontrak penyanyi Kaka Azraff

CATEGORIES