Reaksi tindakan biadap Ramus Paludan, Anwar arah cetak edar sejuta al-Quran

Reaksi tindakan biadap Ramus Paludan, Anwar arah cetak edar sejuta al-Quran

Reaksi tindakan biadap Ramus Paludan, Anwar arah cetak edar sejuta al-Quran. Malaysia akan mencetak dan mengedarkan sejuta naskah al-Quran ke seluruh dunia sebagai tindak balas terhadap tindakan seorang ahli politik berhaluan kanan Sweden, Ramus Paludan yang membakar kitab itu ketika tunjuk perasaan baru-baru ini.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata hanya dengan cara tersebut dapat menjawab ‘kerja gila’ yang dilakukan Paludan itu.

“Kita bertekad InsyaAllah dalam masa singkat akan cetak dan mengedar sejuta al-Quran ke seluruh dunia,” katanya kepada media selepas mengunjungi Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya hari ini.

Reaksi tindakan biadap Ramos Paludan, Anwar arah cetak edar sejuta al-Quran

Anwar berkata, Putrajaya turut akan menghubungi negara Islam lain bagi menyelaraskan pengedarannya secara lebih berkesan.

Tambahnya, tindakan susulan yang akan dilakukan kerajaan adalah dengan melaksanakan program kearah pemahaman dan penghayatan al-Quran dengan mesej dan risalah yang jelas.

Semalam hampir 1,000 berhimpun berarak ke Kedutaan Sweden dan berhimpun secara aman bagi mengutuk tindakan Paludan.

Paludan membakar al-Quran ketika tunjuk perasaan di depan Kedutaan Turki di Stockholm, pada 21 Jan lalu dengan kebenaran polis negara itu.

Menurut laporan Al-Arabiya, Paludan dalam permitnya menyatakan tunjuk perasaan itu adalah terhadap Islam dan cubaan presiden Turki mempengaruhi kebebasan bersuara di Sweden.

Pembakaran kitab suci itu mengundang kecaman banyak pihak termasuk Amerika Syarikat yang menyatakan bahawa ia berlaku ketika Sweden memerlukan persetujuan Turki untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato).

Kelmarin, Kementerian Luar memanggil kuasa usaha sementara Kedutaan Sweden di Kuala Lumpur bagi menegaskan pendirian Putrajaya terhadap tindakan Paludan itu.

Baca Lagi:
Hishammuddin dalang MP BN tandatangan SD, bawa MP Umno ke rumah Azmin
Kecewa dengan Umno, Azhar Sulaiman umum undur diri
Peniaga ayam terjatuh telefon dalam periuk minyak panas buat ramai ketawa
CATEGORIES