Apabila cuaca tidak menentu dan kadang-kadang panas berlebihan, ramai yang akan bergantung kepada penghawa dingin untuk jangka masa yang lama, dan ini boleh menyebabkan bil elektrik meroket.
Kebanyakan daripada kita pasti akan terkejut apabila melihat jumlah bayaran yang tertera dan mungkin merasa tertekan untuk membayarnya.
Kejadian seorang pembantu rumah tangga yang seolah-olah mengalami ‘serangan jantung’ apabila melihat penyata bil elektrik majikannya menjadi viral di TikTok.
Dalam video berdurasi 20 saat itu, pembantu rumah tangga tersebut kelihatan menuju ke peti surat untuk menyemak surat yang diterima. Dia kemudian mengambil sekeping kertas panjang yang disyaki merupakan penyata bil elektrik.
Apabila dia melihat jumlah bil, dia memberikan reaksi ‘dramatik’ dengan meletakkan tangan di dadanya seolah-olah terkejut dengan perkara yang dilihat.
“Terkejut ada makna la tu,” katanya.
@alyaamran27 Musim panasss, aircond memanjang.. bill letrik pun buat suprise la😂🤣 #tanjatgegurl #anashangatahh ♬ original sound – Alyaninazirah
Perkongsian video itu telah menarik perhatian ramai yang terhibur dengan reaksi pembantu rumah tangga tersebut.
Kebanyakan netizen yang melihat video itu dapat memahami perasaan pembantu rumah tangga tersebut kerana mereka juga mengalami peningkatan bil elektrik baru-baru ini.