“Rasa sedih tengok, tak tahu nak bagi nama apa biskut raya ini”

Photo of author

By Syima Iza

Siapa di antara anda yang lebih suka membuat kuih raya sendiri daripada membeli dari bazar raya? Bagi mereka yang sibuk, lebih mudah untuk tempah kuih raya daripada peniaga yang menjual kuih raya setiap tahun kerana ia tidak mudah untuk membuat biskut ini. Jika tidak, ia akan membazirkan bahan-bahan baking, bukan?

Namun, bagi seorang pemuda ini, dia mencuba membuat sendiri kuih raya namun hasilnya tidak seperti yang diharapkan kerana biskut buatannya berubah bentuk selepas dibakar di dalam ketuhar.

Pengguna TikTok yang dikenali sebagai inderas_ telah berkongsi kejadian biskut raya yang tidak berjaya itu di platform TikTok dan sehingga kini, video biskut raya tersebut telah mendapat 3.4 juta tontonan!

"Rasa sedih tengok, tak tahu nak bagi nama apa biskut raya ini"

Dalam video yang berdurasi sembilan saat itu, dapat dilihat dia menunjukkan gambar sebelum dan selepas kuih itu dibakar. Kuih yang belum dibakar kelihatan cantik, tetapi selepas dibakar, kuih itu menjadi hitam seperti hangus dan ada yang cair.

Ada juga warganet yang membandingkan biskut raya lelaki itu dengan pizza kerana ia menipis selepas dibakar.

Selain itu, ada juga netizen lain yang berpendapat mungkin biskut raya buatan individu itu terlalu banyak mentega, itulah sebabnya ia terhasil sedemikian.

Namun, individu itu nampaknya tidak sendirian dalam hal ini kerana ada juga pengguna TikTok lain yang turut berkongsi kejadian kuih raya yang tidak berjaya seperti yang diharapkan.

@inderas_kue lebaran core tahun ini 😎

♬ kue lebaran hancurr – secans_

Baca Juga:
Wang RM47,000 dibawa lari penjual, impian miliki rumah musnah
Tak tahan kena buli, budak lelaki 12 tahun tembak mati rakan sekelas
Aliff Aziz enggan ceraikan Bella demi menyelamatkan rumah tangga dan anak-anak