‘Rasa Macam Diri Tak Disayangi’- Netizen tak kuat tengok Atikah Suhaimie makan sambil menangis.
Pelakon Datin Atikah Suhaime menarik perhatian netizen menerusi satu hantaran yang dimuat naik di TikTok baru-baru ini.
Dalam perkongsian tersebut, Atikah, atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd. Suhaime, dilihat sedang menikmati hidangan Snow Crab Salad.
Menurut Atikah, dia kini berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil, ditambah pula dengan tubuh badannya yang mula terasa sakit di beberapa bahagian.
“Hari ini ingat nak masak, tapi tak larat. Bila rasa sayu, Tikah suka kunyah sayur.
“Rasa ‘extra’ penat dan sakit semua tempat. Bila sakit satu badan macam ini, ‘auto’ rasa macam tak disayangi.
“Air habis, rasa haus, tapi suami tak tolong ambilkan air pun. Rasa macam suami tak sayang kita.
“Bila kena ambil air sendiri, terus rasa ‘cramp’ di bahagian peha, jadi kita rasa sedih,” luahnya.
@atikahsuhaimeeee Emotional mukbang today. 😅 harap preggy mummies out there semua sentiasa kuat hadapi emosi. Tiberrr #fyp #snowcrab #salad #tempe #misosoup ♬ Anything For Love – Dua Lipa
Atikah turut meluahkan rasa rindu terhadap masakan ibunya.
“Bila rasa sedih, mulalah rindu nak makan masakan mama.
“Tapi Tikah tak reti nak masak sama macam masakan mama.
“Kalaulah mama boleh duduk di Kuala Lumpur, bolehlah mama masak untuk Tikah setiap hari,” katanya lagi.
Menerusi ruangan kapsyen, pelakon filem Pencuri Hati Mr. Cinderella itu mendoakan agar semua ibu mengandung terus tabah menghadapi cabaran sepanjang tempoh kehamilan.
Perkongsian tersebut menarik perhatian warganet, yang rata-ratanya bimbang dengan keadaan pelakon berusia 33 tahun itu.
Komen Netizen
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memberikan kata-kata semangat dan mendoakan agar Atikah terus kuat menghadapi dugaan kehamilannya.
Untuk makluman, Atikah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh, pada 21 Januari lalu.
Baca Juga:
Kampung Umoja hanya dihuni kaum wanita, lelaki diharamkan sama sekali
Patut laku keras, peniaga ini tambah cacing tanah kering dalam kuah laksa
Wanita bersalin dalam kereta dedah sijil kelahiran anak selepas ditanya netizen