Rangka wanita ditemui atas katil dikelilingi syiling emas dan perak

Photo of author

By Syima Iza

Rangka wanita ditemui atas katil dikelilingi syiling emas dan perak.

Sekumpulan ahli arkeologi di tapak bersejarah Pompeii telah menemui sepasang rangka lelaki dan wanita dalam keadaan hampir lengkap, yang berbaring sambil memegang barangan berharga dipercayai milik mereka, lapor akhbar New York Post.

Rangka wanita ditemui di atas katil yang dikelilingi oleh syiling emas, perak, dan gangsa, di samping beberapa barangan kemas termasuk anting-anting mutiara dan emas.

Rangka wanita ditemui atas katil dikelilingi syiling emas dan perak

Sementara itu, rangka lelaki ditemui tidak jauh darinya.

Pengarah Taman Arkeologi tersebut, Gabriel Zuchtriegel menyifatkan penemuan itu sebagai ‘tidak ternilai’ kerana ia berlaku di bandar purba yang musnah akibat letusan gunung berapi di Wilayah IX Gunung Vesuvius.

“Penemuan itu membolehkan kami mendapatkan sejumlah besar maklumat tentang kehidupan seharian dan sejarah mikro purba Pompeii.
“Dengan dokumentasi yang tepat, ia dapat mengesahkan keunikan wilayah Vesuvia,” kata Zuchtriegel.

Menurut saintis, pasangan itu dipercayai terbunuh dalam keadaan mengerikan akibat ‘aliran piroklastik’ batuan vulkanik yang melanda bandar tersebut.

Baca Lagi:
Sekumpulan wanita buat tarian tradisional Melayu di negara China undang perhatian ramai rakyat China
Boleh ke makan biskut berbentuk haiwan? Ini jawapannya
Ramai yang tak tahu, anak buah Allahyarham Sudirman kini orang terkuat syarikat IT tersohor di Switzerland