Ramai yang tak tahu rupanya rumah pasang lampu kuning lagi selamat daripada lampu putih, ini sebabnya

Photo of author

By Syima Iza

Ramai yang tak tahu rupanya rumah pasang lampu kuning lagi selamat daripada lampu putih, ini sebabnya

Lampu merupakan peralatan elektrik wajib yang perlu ada di rumah, tidak kira bagaimana bentuknya, asalkan mampu menerangi waktu malam, ia tidak akan menjadi masalah.

Perasan tak, setiap rumah mempunyai pencahayaan lampu yang berbeza? Kalau kita lihat ada yang guna lampu terang, lampu yang berwarna kekuning-kuningan, berwarna warni dan sebagainya pada rumah mereka.

Ramai yang tak tahu rupanya rumah pasang lampu kuning lagi selamat daripada lampu putih, ini sebabnya

Tahu tak sebenarnya, pencahayaan lampu ini memainkan peranan penting pada rumah dan juga diri sendiri?

Sesetengah orang mungkin memilih lampu berwarna putih kerana ia memberi pencahayaan yang maksimum namun lampu kuning adalah pilihan yang baik untuk rumah anda.

Cicak lagi suka akan lampu putih berbanding lampu kuning

Baru-baru ini, hangat dibincangkan di Tukang Apa Hari Ini (TAHI) berkenaan penggunaan lampu kuning dan lampu putih di rumah.

Berdasarkan perkongsian oleh Muhd Hisyam, beliau mendakwa rumahnya yang menggunakan lampu putih lebih ‘digemari’ cicak berbanding rumah jirannya yang berlampu kuning.

“Lampu kuning rumah jiran, lampu putih rumah saya. Bila perhati cicak suka dengan lampu putih, penuh taik cicak bawah tu. Rumah jiran takda pula cicak. Sebab dia tak suka lampu kuning atau binatang terbang makanan dia tu tak suka,” tulisnya.

Hantaran tersebut meraih perhatian ramai warga TAHI hingga dihujani lebih 2,900 komentar serta dikongsi 5,400 kali di Facebook.

Menjengah ke ruangan komentar, ada beberapa individu tampil berkongsi tentang apa yang berlaku pada keadaan tersebut.

Namun ada satu komentar panjang lebar yang menerangkannya dengan lebih terperinci untuk difahami.

Ramai yang tak tahu rupanya rumah pasang lampu kuning lagi selamat daripada lampu putih, ini sebabnya

Untuk itu, mari kita baca artikel SK di bawah mengenai pencahayaan lampu putih dan kuning serta hubungannya dengan visual serangga.

Lampu kuning kurangkan bilangan serangga

Untuk yang tidak mengetahui, penggunaan lampu kuning boleh mengurangkan bilangan serangga berterbangan di sekeliling rumah.

Malah memasang mentol lampu kuning di bahagian luar rumah juga mampu mengurangkan kehadiran serangga atau reptilia seperti cicak.

Hal ini kerana, pencahayaan kuning kurang menarik perhatian serangga kerana kekuatan cahayanya tidak begitu terang berbanding warna putih, selain ia tidak mampu melihat kuning dengan jelas.

Serangga melihat bahagian Visible Light Spectrum, yang lebih kecil daripada manusia. Manusia boleh melihat keseluruhan Visible Light Spectrum (~380-750 nanometer), tetapi bukan spektrum cahaya UV penuh.

Dalam pada itu, serangga tidak boleh melihat warna yang lebih panas melebihi panjang gelombang kuning dan oleh itu ia tidak begitu tertarik kepada mentol lampu LED kuning dan oren (berbanding dengan mentol lampu biru atau lampu pendarfluor).

Bagaimanapun, tidak semua serangga adalah sama seperti yang dinyatakan oleh seorang pakar dalam serangga, Debbie Hadley yang berkata pepijat menganggap cahaya putih sebagai bulan.

Serangga itu menjadikan bulan sebagai navigasi untuk bergerak secara lurus namun ia tidak akan berkumpul pada lampu tersebut dan hanya berterbangan di sekelilingnya.

Banyak serangga terbang pada waktu malam tertarik kepada mentol lampu kerana ia mengeluarkan haba.

Sementara itu, penggunaan lampu putih mampu menarik perhatian cicak kerana reptilia itu mempunyai deria pendengaran, bau, rasa dan penglihatan yang sangat hebat.

Disebabkan derianya sangat hebat, ia mungkin lebih sensitif, contohnya tidak boleh melihat cahaya lampu berwarna terang seperti lampu putih.

Sensitiviti ini membawa kebaikan kepadanya kerana ia memerlukan lebih banyak cahaya apabila memburu makanan dan sumber lain semasa berada di alam liar.

Mata sensitif cicak tidak begitu berguna semasa dalam keadaan gelap kerana tiada apa untuk diburu atau diperhatikan selain daripada cengkerik yang melompat di sekitar kandang kecil mereka.

Tetapi apabila memburu dalam keadaan cahaya malap, seperti pada waktu malam, mata sensitif cicak amat berguna.

Disebabkan serangga sering berkumpul pada lampu LED putih, cicak mengambil peluang untuk menunggu di sekitar lampu itu untuk memakan mangsanya.

Reptilia itu akan memanjat dinding berdekatan lampu dan menangkap serangga terbang kerana itu adalah makanannya.

Baca Lagi:
Apa istimewanya ayam ini hingga boleh mengeluarkan telur yang berlainan warna?
Abang Tesla bawa kedua-dua isteri tercinta bercuti di Turkey dan tunai umrah
Baru usia 21 tahun, pemuda kena potong kaki akibat ketagih air berkabonat