Ramai yang tak tahu, rupanya ini syarikat yang tak pernah buang pekerja ketika PKP

Photo of author

By Syima Iza

Ramai yang tak tahu, rupanya ini syarikat yang tak pernah buang pekerja ketika PKP.

Penyanyi dan bekas peserta Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11), Arrora Salwa akan kembali bertugas sebagai pramugari, meskipun baru tiga minggu tersingkir daripada pertandingan tersebut.

Menurut Arrora atau nama sebenarnya Salwa Md. Razak, 40, cutinya bersama syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) telah berakhir semalam, dan hari ini dia akan kembali menyarung uniform pramugari.

Ramai yang tak tahu, rupanya ini syarikat yang tak pernah buang pekerja ketika PKP

“Sejak tersingkir daripada GV11 pada minggu kelapan, saya belum sempat berehat. Selepas tersingkir, saya terus masuk ke set penggambaran bersama Datuk Yusof Haslam dan Zeel Production.

“Esok pagi (Sabtu), saya masih perlu ke set penggambaran. Sebelah petang pula, saya akan kembali bertugas sebagai pramugari dan akan terbang ke Australia,” katanya ketika ditemui pada Malam Gala GV Liplap, semalam.

Tambah pelantun lagu Ahmad itu, dia tidak mahu terburu-buru menamatkan kerjayanya sebagai pramugari, walaupun kini menerima banyak tawaran dalam bidang seni.

“Saya tak boleh membuat keputusan secara tergesa-gesa sama ada mahu meninggalkan kerjaya di awan biru atau tidak.

“Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, hanya syarikat MAS yang tidak memberhentikan pekerja mereka. Ini menunjukkan syarikat ini sangat menjaga kebajikan kakitangan mereka.

“Jadi buat masa ini, saya akan teruskan kerjaya sebagai pramugari. Nanti baru saya putuskan sama ada mahu kekal atau tidak, bergantung kepada perkembangan karier seni saya,” jelasnya.

Menurut Arrora, dia menetapkan tempoh dua tahun sebelum membuat keputusan muktamad mengenai masa depannya bersama syarikat penerbangan tersebut.

Mengulas mengenai tempoh cutinya yang hanya sehingga Januari walaupun GV11 masih berlangsung, Arrora berkata dia memang tidak yakin akan mara ke peringkat akhir.

“Saya hanya mohon cuti sehingga hujung Januari kerana saya sedar nyanyian saya tidak cukup bagus. Jadi, tak mungkin saya akan kekal sehingga ke pentas akhir. Biarlah yang lebih layak berada di sana,” ujarnya.

Baca Juga:
Geng motosikal kemaskan Homestay sebelum ‘Check-Out’ dapat pujian ramai
Kuih tradisional tidak lagi dijual harga bawah RM1, ini sebabnya…
Wanita Malaysia tempat keenam tercantik di Asia mengalahkan Indonesia