Ramai yang tak tahu kenapa kerusi bas bercorak pelik-pelik, ini jawapannya

Ramai yang tak tahu kenapa kerusi bas bercorak pelik-pelik, ini jawapannya

Ramai yang tak tahu kenapa kerusi bas bercorak pelik-pelik, ini jawapannya.

Bas adalah antara pengangkutan utama yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia.

Biasanya perkhidmatan bas digunakan untuk bergerak menuju destinasi yang jauh.

Ramai yang tak tahu kenapa corak kerusi bas pelik-pelik, ini jawapannya

Gambar hiasan

Kalau anda perasan, kerusi atau tempat penduduk penumpang biasanya memiliki corak yang agak pelik dan unik.

Ramai tak ambil kisah pun. Paling tidak, kita cuma beranggapan itulah cara asal daripada kilang pengeluar ketika bas itu dibeli oleh syarikat-syarikat pengusaha, kan?

Namun sebenarnya, terdapat beberapa justifikasi mengapa corak kerusi tempat duduk awam selalunya unik dan aneh.

Helahnya terletak pada moqutte, sejenis fabrik yang digunakan pada tempat duduk penumpang
Nama moquette itu sendiri berasal daripada perkataan bahasa Perancis yang bermaksud ‘karpet’. Menurut rekod, moquette pertama kali digunakan dalam sistem pengangkutan di London, United Kingdom pada 1920-an.

Fabrik ini merupakan beberapa jenis fabrik iaitu poliester dalam lingkungan 85 peratus dan nilon dalam lingkungan 15 peratus.

Ramai yang tak tahu kenapa corak kerusi bas pelik-pelik, ini jawapannya

Gambar hiasan

Moquette biasanya mempunyai gentian berdiri, yang dikenali sebagai longgokan, yang memberikan tekstur lembut seakan-akan baldu kepada orang yang menyentuhnya.

Jika dibandingkan dengan fabrik tradisional, moquette menawarkan banyak kelebihan, khususnya dalam industri pengangkutan awam.

Antaranya kelebihannya adalah, kos penghasilan moquette tidak mahal dan fabriknya yang bersifat tahan lasak. Ciri-ciri ini menjadikan fabrik ini sebagai pilihan yang terbaik dari sudut ekonomi.

Selain itu, tenunan ala-ala kain baldu pada fabrik memastikan segala kotoran dan debu akan terkumpul di bahagian lebih dalam. Jadi, kotoran tidak begitu kelihatan di kawasan permukaan.

Jika dibandingkan antara kulit dan vinil, moquette secara umumnya merupakan fabrik yang memiliki ruangan pengudaraan yang lebih baik.

Ia dapat mengurangkan rasa tidak selesa kepada penumpang, khususnya untuk perjalanan jauh.

Selain itu, fabrik ini juga memiliki sifat istimewa terhadap api dan air. Moquette merupakan bahan kalis api yang dapat mengurangkan risiko kebakaran.

Pada masa yang sama, fabrik ini juga mudah kering apabila terkena cecair.

Bagaimana corak unik ‘aneh’ pada tempat duduk penumpang dihasilkan?
Sungguhpun fabrik ini memiliki banyak kelebihan, kita masih tidak faham mengapa ‘corak pelik’ yang sering digunakan pada tempat duduk penumpang.

Menurut Science ABC, moquette menawarkan tahap kebolehsuaian yang tinggi dari segi padanan warna dan corak. Namun, agak sukar untuk mereka bentuk sesuatu corak dan membuat salinannya skala yang begitu besar.

Oleh sebab itu, kebanyakan corak moquette pada hari ini telah dijana dengan menggunakan algoritma komputer.

Sesetengah syarikat pengangkutan akan menggunakan warna jenama mereka sebagai asas rekaan tempat duduk. Tujuannya supaya penumpang ingat kepada jenama tersebut.

Selain itu, corak yang bersilang, berkotak-kotak atau berbentuk pelik dikatakan dapat menyorok kotoran dengan lebih baik.

Ramai yang tak tahu kenapa corak kerusi bas pelik-pelik, ini jawapannya

Gambar hiasan

Warna yang digunakan pula biasanya lebih terang atau gelap, berbanding warna putih supaya kotoran tidak terlalu menonjol pada penglihatan.

Ia juga bertepatan dengan penggunaan fabrik moquette yang mempunyai ciri-ciri yang sangat sesuai dalam menghasilkan kerusi tempat duduk bas.

Baca lagi:
Duit perbelanjaan dapur di gunting anak, ibu tampal semula guna pita pelekat
Pekerja kedai roti bersongkok dan berseluar pendek dikecam warganet
‘Babun’ yang bunuh kekasih 17 tahun terlepas hukuman gantung
CATEGORIES