Ramai yang tak tahu, ini negara pertama & terakhir yang sambut tahun baharu

Photo of author

By Syima Iza

Ramai yang tak tahu, ini negara pertama & terakhir yang sambut tahun baharu.

Tepat jam 12 tengah malam pada 1 Januari, ramai yang menantikan detik istimewa ini untuk menyaksikan pertunjukan bunga api yang menandakan bermulanya tahun baharu.

Tahun ini, 1 Januari jatuh pada hari Rabu, dan pasti ramai sudah tidak sabar untuk menyambut kedatangan tahun 2025, lengkap dengan azam baharu. Namun, pernahkah anda terfikir negara mana yang menyambut tahun baharu paling awal, memandangkan setiap negara mempunyai zon waktu yang berbeza?

Ramai yang tak tahu, ini negara pertama & terakhir yang sambut tahun baharu

Berikut adalah negara yang pertama dan terakhir menyambut tahun baharu.

Kenapa Waktu Setiap Negara Berbeza?

Perbezaan waktu setiap negara disebabkan oleh kedudukan longitud dan garisan Meridian yang memisahkan zon waktu di seluruh dunia. Kedudukan ini menentukan kawasan mana yang menerima waktu lebih awal atau lebih lewat.

Negara Pertama Menyambut Tahun Baharu

Negara pertama yang menyambut tahun baharu ialah Republik Kiribati, khususnya Pulau Kiritimati yang terletak di Lautan Pasifik.

Ramai yang tak tahu, ini negara pertama & terakhir yang sambut tahun baharu

Menurut National Geographic, Pulau Kiritimati dan 10 pulau kecil di sekitarnya, kebanyakannya tidak berpenghuni, merupakan kawasan pertama menyambut tahun baharu. Pulau Kiritimati adalah salah satu daripada 33 pulau yang membentuk Republik Kiribati.

Kiribati terletak berhampiran International Date Line (garisan permulaan hari baru) dengan zon waktu UTC+14:00, menjadikannya salah satu kawasan yang menerima tahun baharu paling awal.

Ramai yang tak tahu, ini negara pertama & terakhir yang sambut tahun baharu

Negara Terakhir Menyambut Tahun Baharu

Negara terakhir yang menyambut tahun baharu ialah wilayah Amerika Syarikat iaitu Niue dan Samoa Amerika, yang terletak di barat daya Kiribati di Lautan Pasifik Selatan.

Selain itu, Pulau Baker dan Pulau Howland yang terletak di selatan Hawaii (UTC-12:00) juga termasuk kawasan terakhir menyambut tahun baharu. Namun, kedua-dua pulau ini tidak berpenghuni.

Ramai yang tak tahu, ini negara pertama & terakhir yang sambut tahun baharu

Ramai yang tak tahu, ini negara pertama & terakhir yang sambut tahun baharu

Kini anda sudah mengetahui negara pertama dan terakhir yang menyambut tahun baharu. Jadi, sambil menyambut detik ini, anda juga boleh bayangkan bagaimana dunia meraikan tahun baharu secara berperingkat!

Baca Juga:
Wanita ini minta orang ramai hentikan ‘Trend’ guna lagu Garam dan Madu kerana ia boleh menaikkan nafsu
Remaja mengaku bersalin di tandas pusat beli belah, teman lelaki buang mayat bayi di plaza tol
“Boleh hilang akaun bank”- Individu ini berjaya dapat semula duit selepas lakukan 20 kali transaksi kepada bank ‘Scammer’