Ramai yang tak tahu, ini cara nak elakkan nasi cepat basi

Photo of author

By Syima Iza

Setiap kali masak nasi, selepas sehari terus basi nasi dibuatnya sedangkan selalu sahaja dipanaskan semula. Berbeza dengan orang lain, ada yang masak nasi dah hari ketiga masih lagi elok nasi untuk dimakan. Rupanya-rupanya, ramai yang terlepas pandang bahawa puncanya bukan beras tapi periuk nasi itu sendiri!

Periuk nasi anda mungkin sudah dicuci dengan bersih, namun bahan buatannya menyebabkan periuk ini memerlukan kaedah cuci tambahan untuk menjadikan ia tahan lama dan elok untuk masak nasi.

Ramai yang tak tahu, ini cara nak elakkan nasi cepat basi

Ramai yang dah cuba memang berkesan dan menjadi petua ini. Bukan apa, sayang nasi yang dimasak tapi mudah basi akhirnya buang begitu sahaja. Video di akaun media sosial TikTok @fadhlikhobin ada kongsikan tip dan caranya.

Mudah saja, anda perlu:

1. Cuci periuk nasi dengan bersih terlebih dahulu.
2. Selepas dicuci telangkupkan atas dapur dan hidupkan api perlahan.
3. Biarkan dalam anggaran lebih kurang 5 minit atau sehingga air kering.

*Siap! Boleh terus masak nasi macam biasa. Dengan cara ini memang berkesan nasi boleh tahan lama dua hari dan tak basi. Jika takut terlupa letak atas dapur, boleh juga jemur periuk nasi di tempat panas buat seketika.

Semoga bermanfaat!

@fadhlikhobin Tip Elak Nasi Cepat Basi #tipmasakan ♬ New beautiful day – Aleksei Gorobetc

Baca Juga
‘Saya minta bakal mentua belikan cincin emas harga RM800 bukannya RM20,000’
Kecoh dikatakan hilang, rupanya pasangan tular bawa bayi ‘bertiub’ sibuk urus percepat proses nikah
Isi perut terkeluar, lelaki cedera parah tertusuk besi jambatan lama