Ramai yang tak tahu cara sebenar hilangkan hitam di papan pemotong

Photo of author

By Syima Iza

Ramai yang tak tahu cara sebenar hilangkan hitam di papan pemotong.

Papan pemotong merupakan salah satu alatan memasak yang wajib ada di dapur. Alat ini berfungsi untuk memotong pelbagai jenis bahan makanan, bermula dari bahan mentah seperti daging hingga ke sayur-sayuran atau buah-buahan.

Terdapat banyak jenis papan pemotong yang dijual di pasaran dengan pelbagai bentuk dan jenis bahan. Walau bagaimanapun, jenis kayu antara yang paling kerap digunakan oleh orang ramai.

Ramai yang tak tahu cara sebenar hilangkan hitam di papan pemotong

Namun begitu, papan jenis kayu agak sukar untuk dicuci berbanding jenis lain seperti plastik, silikon atau kaca. Jenis kayu mempunyai liang boleh membolehkan sisa makanan memasuki pori kayu itu, seterusnya ia akan menjadi sukar untuk dibersihkan.

Jika dibiarkan tidak dicuci dengan betul, kesan sisa tersebut akan menjadi kulat hitam. Sekiranya sudah muncul kulat tersebut, ia berpotensi untuk mencemari makanan yang dipotong di atasnya.
Biasanya orang terus membuang saja papan tersebut kerana sudah sukar dicuci. Rupa-rupanya, ada petua untuk membersihkan kulat dan tompok hitam seperti kelihatan macam baru dibeli.

Jika sekadar guna sabun memang tidak akan hilang. Jika ikut petua ini, anda hanya perlu guna bahan dapur semula jadi yang dijamin lebih berkesan berbanding sabun.

CARA CUCI PAPAN PEMOTONG HITAM

Tips ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok bernama @nsmonline. Berikut merupakan cara-cara membersihkan papan pemotong kayu agar kelihatan seperti baru:

Bahan-bahan yang diperlukan:

Cara-cara:

  1. Hiris limau nipis. Perahkan jus ke atas papan pemotong. Gosok permukaan papan dengan hirisan limau tersebut.
  2. Setelah digosok rata, dapurkan pula baking soda sehingga rata ke seluruh permukaan papan.
  3. Akhir sekali, tuangkan cuka atas keseluruhan papan.
  4. Biarkan selama 15 minit supaya semua cecair diserap ke dalam bahagian dalam papan.
  5. Selepas itu, gosok papan menggunakan berus dawai sehingga hilang semua tompok hitam.
  6. Bila dengan air yang mengalir dan hasilnya papan pemotong menjadi bersih dan berkilat seperti baru dibeli.
  7. Lap papan dengan kain dan buarkan di tempat yang kering. Proses penyimpanan yang betul juga membantu bagi mengelakkan kulat muncul di atas permukaan papan kayu.
Baca Juga:
Anak pemimpin politik terkenal tak mengaku salah atas tuduhan tunjuk kemaluan kepada gadis 17 tahun
Wanita ditemui mati dalam kereta di R&R Kundang
Cara mudah rebus telur tanpa air tak sampai 5 minit, confirm telur tak pecah