Ramai yang tak tahu, anak buah Allahyarham Sudirman kini orang terkuat syarikat IT tersohor di Switzerland

Photo of author

By Syima Iza

Ramai yang tak tahu, anak buah Allahyarham Sudirman kini orang terkuat syarikat IT tersohor di Switzerland. Legasi penghibur tersohor negara, Allahyarham Sudirman Arshad, kekal menjadi kenangan berharga dalam hati masyarakat Malaysia. Kehebatan beliau sebagai ikon muzik dan seni pernah mencetus fenomena luar biasa di negara ini.

Keunggulan karya Allahyarham tidak terhenti di Malaysia sahaja, malah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila beliau dinobatkan sebagai Penghibur Terbaik Asia di Asian Popular Music Awards pada tahun 1989.

Pengiktirafan ini bukan sahaja mencipta sejarah buat negara, malah menjadi momen manis yang terus dikenang oleh industri hiburan tempatan. Sehingga kini, tiada pengganti yang mampu menandingi rekod cemerlang Allahyarham.

Ramai yang tak tahu, anak buah Allahyarham Sudirman kini orang terkuat syarikat IT tersohor di Switzerland

Namun, peminat Sudirman pasti mengingati seorang lagi figura penting dalam legasi ini, iaitu anak saudaranya, Razaman Azrai Zainudin, atau lebih dikenali sebagai Atai. Beliau pernah memikat hati rakyat Malaysia sekitar era 80-an melalui persembahan pentas dan nyanyian duet bersama Allahyarham.

Gandingan Sudirman dan Atai meninggalkan kenangan indah kepada peminat, yang pernah berharap agar legasi seni Allahyarham diteruskan oleh Atai. Namun, lebih sedekad berlalu, Atai memilih untuk tidak lagi aktif dalam dunia hiburan, selepas kali terakhir menghasilkan single Kul it! pada tahun 2014.

Kini, Atai mencipta kejayaan dalam dunia profesional sebagai Pengarah Asia Pasifik bagi sebuah syarikat teknologi terkenal, SICPA, di Switzerland.

Atai juga memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara, termasuk menubuhkan pasukan yang membangunkan jalur lebar pertama Malaysia, Streamyx, ketika bersama Telekom Malaysia.

Beliau merupakan graduan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Swiss School of Management, Switzerland, dan mencipta legasi tersendiri dalam dunia korporat melalui pengajian antarabangsa.

Mengimbas kembali zaman kegemilangan Atai, album Sahabat (1983) yang dicipta khas oleh Allahyarham untuk beliau, menjadi salah satu karya agung.

Seawal usia 12 tahun, Atai telah dilatih oleh Sudirman untuk menjadi seorang penghibur muda. Beliau turut bersama Allahyarham ketika menerima anugerah Penghibur Terbaik Asia di Asian Popular Music Awards yang berlangsung di Royal Albert Hall, London, pada tahun 1989.

Atai juga kerap membuat kemunculan dalam rancangan televisyen seperti Keluarga Bahagia dan Mekar Sejambak sekitar tahun 1987, yang menjadi platform utama untuk mengembangkan karier seninya.

Antara persembahan ikonik Atai yang masih diingati peminat adalah ketika beliau meniru aksi lucu Allahyarham dengan solekan menyerupai pelawak terkenal, Charlie Chaplin. Kenangan itu terus hidup dalam sanubari peminat seni tanah air.

Baca Juga:
Sembilan rakyat Malaysia ini sedang menuju ke Baitullah hanya berjalan kaki dan berbasikal
Jual 2 menu sahaja, wanita raih pendapatan RM16,000 sebulan dari hasil mesin layan diri
Black Hanifah dedah macam mana dia boleh ada banyak duit hingga boleh beli kapal & tanah di Pulau Langkawi