Ramai yang batuk bila makan limau mandarin, rupanya ini caranya supaya tak batuk dan boleh habis satu kotak

Ramai yang batuk bila makan limau mandarin, rupanya ini caranya supaya tak batuk dan boleh habis satu kotak

Ramai yang batuk bila makan limau mandarin, rupanya ini caranya supaya tak batuk dan boleh habis satu kotak.

Nampaknya, peti sejuk di dalam rumah sudah kembali penuh dengan limau mandari kerana perayaan Tahun Baharu Cina sudah semakin dekat! Namun, perasan atau tidak setiap kali anda makan buah limau mandarin ini dengan kerap, ada dalam kalangan kita yang akan mengalami batuk-batuk. Kenapa ya?

Jadi, berikut merupakan sedikit perkongsian ilmu dari Sazly Tulih Page yang menceritakan tentang apa bahan yang ada pada limau mandarin tersebut. Bukan itu sahaja, ada tips juga bagaimana untuk anda makan buah limau mandarin dengan sedap tanpa risau akan mengalami batuk.

Ramai yang batuk bila makan limau mandarin, rupanya ini caranya supaya tak batuk dan boleh habis satu kotak

Sambutan Tahun Baru Cina dah semakin hampir, mesti anda semua dah dapat hadiah limau mandarin yang dihadiahkan oleh rakan-rakan berbangsa Cina atau beli sendiri di kedai buah atau pasaraya. Buahnya manis dan sedapkan.. Tapi pernah tak anda makan buah limau mandarin ni dan batuk teruk? Saya pernah mengalaminya, tapi dah lama laaa, 15 tahun yang lepas. Tapi tahukah anda apa puncanya??

Hasil siasatan yang dibuat, saya dapati limau mandarin yang saya makan telah disalut dengan sulfur dioksida. Buah limau mandarin direndam dengan bahan kimia ini bertujuan sebagai bahan pengawet bagi memanjangkan jangka hayat buah tersebut sebelum dipasarkan. Walau bagaimanapun, oleh kerana saya mempunyai penyakit lelah menyebabkan saya mendapat gejala batuk dan lelah berpanjangan. Kesian kan…

Sebenarnya di dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 membenarkan penggunaan sulfur dioksida sebagai bahan pengawet dalam makanan tertentu termasuk buah-buahan segar seperti limau mandarin namun pada kadar tidak melebihi 30mg/kg.

Sulfur dioksida telah dinilai dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan pada kadar tertentu oleh badan penilai antarabangsa Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additive (JECFA). Sulfur dioksida tidak berbahaya kepada manusia apabila digunakan dalam kadar yang dibenarkan tetapi ia boleh menyebabkan lelah terhadap orang yang sensitif apabila terhidu atau tertelan.

Jika ada penggunaan Sulfur Dioksida dalam buah limau mandarin, di bawah subperaturan 20(6) Peraturan-Peraturan Makanan 1985, setiap bungkusan makanan untuk jualan termasuk limau mandarin yang ditambah sulfur dioksida lebih daripada 10mg/kg, mesti dilabel dengan pernyataan “mengandungi sulfur dioksida“.

Sesiapa yang gagal mematuhi peraturan ini boleh didenda tidak melebihi RM 5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun. Di bawah subperaturan 11(1) (j), Peraturan-Peraturan Makanan 1985, bagi makanan import termasuk limau mandarin, nama serta alamat pembungkus dan pengimport, termasuk nama negara dari mana makanan itu berasal hendaklah dinyatakan pada label.

Kalau ada sesiapa yang membuat pelabelan palsu boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau denda atau kedua-duanya seperti yang diperuntukan di bawah Seksyen 16, Akta Makanan 1983

Saya kongsikan tips nak makan limau mandarin supaya tak batuk:

1. Basuh la kulit limau mandarin tu sebelum makan.

2. Jangan gigit kulit limau bagi mengupas buah tersebut.

3. Selepas mengupas kulit limau, cuci lah tangan.

4. Jangan makan kulit limau. Makan isinya sahaja.

5. Suruh je orang lain kupaskan.

Baca Juga:
Lelaki mengamuk sembur arak di kepala ibu, ugut keluarga dengan parang
Lelaki pelik baru 3 hari keluarkan duit KWSP terus dapat panggilan scammer
Cikgu Param kongsi rahsia lantai rumah orang India kelihatan bersih, berkilat setiap hari
CATEGORIES