Ramai tertanya-tanya parut di dada Azizulhasni Awang, ini penjelasan Public Health Malaysia

Photo of author

By Syima Iza

Ramai tertanya-tanya parut di dada Azizulhasni Awang, ini penjelasan Public Health Malaysia.

Ramai dalam kalangan peminat sukan masih berduka dengan berita penyingkiran jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, seawal pusingan pertama dalam acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.

Namun, di sebalik penyingkiran tersebut, semangat dan kata-kata dorongan masih dilontarkan kepada beliau, terutamanya oleh pengguna media sosial.

Parut di Dada

Ramai tertanya-tanya parut di dada Azizulhasni Awang, ini penjelasan Public Health Malaysia

Apa yang menarik perhatian, parut pada dada atlet kebanggaan negara itu turut menjadi sorotan. Menerusi perkongsian oleh akaun Public Health Malaysia di platform X, parut yang ada pada dada Azizulhasni merupakan kesan pembedahan bagi masalah jantung yang jarang ditemui, iaitu Anomalous Aortic Origin of a Coronary Artery (AAOCA).

Terdahulu, Azizulhasni dibatalkan penyertaan dalam pusingan pertama acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024 di Velodrom Nasional Perancis selepas beliau dilihat memotong terlalu awal sebelum derny keluar sepenuhnya daripada trek.

Keadaan ini menyebabkan perlumbaan tersebut terpaksa dimulakan semula dan penyertaan Azizulhasni dalam pusingan itu dibatalkan.

Baca Juga:
Individu ini terkejut jumpa ‘Nuget’ emas bernilai lebih RM200,000
Mayat tanpa kepala ditemui dalam tong sampah disahkan milik Cikgu Istiqomah
Staf Habib Jewels buat invois palsu cuba menipu wanita ketika urusan tukar beli gelang emas digantung tugas