Ramai tersentuh lihat reaksi 3 pelajar, guru tak sampai hati beritahu ayah sudah tiada

Ramai tersentuh lihat reaksi 3 pelajar, guru tak sampai hati beritahu ayah sudah tiada

Menerusi video, Cikgu Ain memaklumkan bahawa bapa kepada tiga beradik itu telah meninggal dunia kerana serangan jantung.

Berita tentang kematian, terutamanya melibatkan insan tersayang seperti ibu mahupun ayah, merupakan antara perkara yang sukar untuk disampaikan.

Apatah lagi jika berita itu ingin disampaikan kepada kanak-kanak. Ini kerana, dalam menyampaikan berita yang sedih, kita juga ingin menjaga mental dan emosi mereka agar tidak terganggu dengan berita tersebut.

Ramai tersentuh lihat reaksi 3 pelajar, guru tak sampai hati beritahu ayah sudah tiada

Guru tak sampai hati beritahu 3 pelajar ayah sudah tiada

Perkara yang sama turut dirasakan oleh seorang guru wanita di sebuah sekolah rendah yang tidak sampai hati untuk memaklumkan kepada tiga pelajarnya tentang berita kematian bapa mereka.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Cikgu Ain di TikTok, kelihatan seorang pelajar perempuan dan dua lelaki yang juga adik-beradik sedang melambai kegembiraan di tepi koridor apabila diminta untuk mengemas beg kerana urusan keluarga.

Tersenyum gembira sebelum pulang

@cikguaincomeyCikgu pun x sampai hati nk beritahu perkara sebenar.. Sehingga ada makcik murid ni yg dtg ambil.. Baru lah tahu perkara sebenar, meraung menagus.. Ya allah kau berikan kekuatab buat anak murid cikgu ain.. Azalea dan adik beradiknya😭♬ Bila Tiba – UNGU

Malah turut kelihatan salah seorang dari mereka melompat dan tersenyum gembira, mungkin kerana memikirkan dapat pulang awal.

“Masa ni adik-beradik ni diberitahu oleh cikgu, supaya kemas beg sebab ada urusan keluarga. Sebenarnya, ayah murid-murid ni baru sahaja meninggal dunia kerana serangan jantung.

“Mohon sedekahkan al-Fatihah buat ayah kepada anak murid Cikgu Ain.. Salam takziah,” tulisnya dalam video itu.

Menangis selepas ibu saudara beritahu ayah meninggal dunia

Di ruang kapsyen, Cikgu Ain memaklumkan bahawa dia tidak sampai hati untuk memaklumkan berita sedih itu kepada anak muridnya. Namun, sebaik mengetahui khabar duka itu dari ibu saudara, mereka lantas meraung dan menangis.

“Ya Allah, kau berikan kekuatan buat anak murid Cikgu Ain.. Azalea dan adik-beradiknya,” katanya lagi.

Ibu pelajar kongsi detik ketika bapa pelajar dikebumikan

@noraazmirAl-Fatihah…7/6/2024..

♬ suara asli – YusriL – 𝐘𝐮𝐬𝐫𝐢𝐋

Di ruangan komen, seorang wanita memaklumkan bahawa pelajar itu adalah anaknya. Malah, menerusi carian di akaun TikTok, wanita berkenaan turut memuat naik detik akhir ketika arwah suami dikebumikan.

Dalam video itu turut kelihatan tiga beradik tersebut sayu memerhati saat ayah mereka disemadikan pada 7 Jun lalu.

Ramai tersentuh lihat reaksi 3 pelajar

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai pengguna di TikTok yang tersentuh melihat reaksi mereka. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman mereka yang pernah berdepan dengan situasi yang sama.

“Bab keluarga meninggal ni, kawan sebelah pernah alami. Pengawas yang datang bagi tahu pun tak ada lembut-lembut. Terus sebut nama, ayah mu meninggal digilis lori,” kata seorang pengguna.

Ramai tersentuh lihat reaksi 3 pelajar, guru tak sampai hati beritahu ayah sudah tiada

Baca Juga:
Lapangan terbang ditengelami air banjir
Netizen terkejut bibik Cik B pakai sandal berharga ribuan ringgit
Orang luar ramai yang salah selama ni, ‘Losong bukan jenis keropok lekor’
CATEGORIES