Ramai tak tahu, rupanya ini cara paling senang nak hilangkan bau hapak dalam kereta tanpa keluarkan modal.
Siapa yang tidak risau bila kereta kesayangan tiba-tiba mengeluarkan bau yang kurang enak, kan?
Biasanya, bila masalah seperti ini berlaku, pemilik kereta akan segera menghantarnya ke pusat cuci kereta.
Namun, peliknya, walaupun sudah dicuci luar dalam, bau hapak itu tetap tidak hilang.
Lebih parah lagi, apabila sudah pulang ke rumah dan cuba membersihkan sendiri, bau seakan-akan ‘stokin lama’ itu masih kekal dalam kereta.
Bau hapak seperti ini memang merimaskan dan boleh membuatkan kita berasa tidak selesa setiap kali hendak memandu.
Jadi, SK hari ini akan kongsikan punca utama bau hapak dalam kereta dan cara mudah untuk menghilangkannya, dikongsikan oleh pengguna TikTok bernama @aj_aircond.
Menariknya, cara ini tidak memerlukan sebarang kos tambahan, hanya beberapa langkah mudah dan bau kereta anda akan kembali segar. Ramai yang tidak tahu, bau busuk dalam kereta ini biasanya datang daripada sistem penghawa dingin.
@aj_aircond Siapa Ada Masalah Bau Boleh Try Cara Ni Nanti moga Bermanfaat #Ajaircond #fypシ #aircondkeretataksejuk ♬ bunyi asal – AJ Aircond
Jika bau hapak muncul setiap kali anda menghidupkan penghawa dingin, itu mungkin tanda terdapat kotoran pada komponen penting yang dipanggil cooling coil.
Cooling coil yang kotor ini menjadi tempat pembiakan kuman dan bakteria, dan apabila blower penghawa dingin menghembus udara, bau hapak daripada bakteria itu turut merebak ke dalam kereta.
Bau hapak daripada penghawa dingin ini selalunya hilang selepas 5 hingga 10 saat, tetapi kadang-kadang bau tersebut berlarutan, terutamanya jika cooling coil dalam kereta tidak pernah dibersihkan.
Jadi, jika anda mahu kereta sentiasa segar, penting untuk tahu cara menjaga komponen ini dengan betul.
Apa yang perlu dilakukan untuk menghilangkan bau hapak dalam kereta?
Jangan risau, sebenarnya cara untuk menghilangkan bau hapak ini tidak susah pun.
Anda hanya memerlukan beberapa minit dan boleh dilakukan sendiri di rumah.
- Hidupkan enjin kereta dan pasang penghawa dingin seperti biasa.
- Naikkan tahap angin ke nombor empat atau paling kuat supaya udara dapat beredar dengan lancar ke seluruh kereta.
- Tetapkan suhu penghawa dingin ke tahap paling rendah. Ini penting untuk memaksa udara sejuk keluar dengan lebih kuat, sekali gus membantu mengurangkan bau.
- Turunkan semua tingkap kereta anda dan biarkan angin dari luar masuk. Cara ini membantu menyingkirkan bau hapak dengan lebih efektif.
- Biarkan kereta anda dalam keadaan ini selama kira-kira 20 minit. Jika anda mahu, boleh juga memandu kereta selama proses ‘refreshing’ ini berlangsung, dan pastikan anda lakukan sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit untuk hasil yang optimum.
Mudah sangat, bukan? Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!