Ramai tak tahu, rupanya ada 5 senarai air mineral paling mahal di dunia, satu botol cecah RM52,853.
Setiap orang dewasa disarankan untuk minum lapan gelas air setiap hari bagi memastikan tubuh kekal hidrat dan sihat, terutamanya semasa menjalankan aktiviti harian.
Lebih-lebih lagi dengan cuaca panas terik di Malaysia, air mineral menjadi keperluan penting untuk menyegarkan tekak dan mengekalkan tenaga sepanjang hari.
Air mineral mudah didapati di pelbagai kedai dan premis perniagaan, dengan harga yang biasanya sangat berpatutan dan mampu milik.
Namun, pernahkah anda terfikir, adakah wujud air mineral dengan harga yang sangat tinggi? Bagaimana agaknya rasa air mineral yang bernilai puluhan ribu ringgit? Adakah rasanya sama seperti air mineral biasa?
Jawapannya, ya, ada. Malah, harga air mineral eksklusif ini boleh mencecah hingga puluhan ribu ringgit bagi setiap liter.
5 Air Mineral Termahal di Dunia:
1. Svalbardi
Mungkin ramai yang belum tahu bahawa Svalbardi merupakan air mineral termahal di dunia. Air botol ini dihasilkan di Norway dan bersumberkan dari gunung ais di Artik.
Keunikannya terletak pada kandungan mineral yang rendah dan air yang sangat tulen. Oleh itu, jangan terkejut apabila harga sebotol air ini mencecah RM52,853 (USD12,570) seliter. Bagaimanapun, laman web rasmi syarikat telah mengumumkan penutupan kekal Svalbardi dan ia tidak lagi dikeluarkan.
2. Fillico Fillico
adalah jenama air premium dari Jepun dengan harga sekitar RM24,700 (USD5,890) seliter. Air ini diambil dari mata air semula jadi di Pergunungan Rokko, Jepun.
Produk mewah ini dibotolkan dalam botol kaca elegan, dengan penutup berbentuk mahkota dan dihiasi kristal Swarovski serta sayap malaikat.
3. Bling H2O
Bling H2O (Clear Blue) adalah air premium dari Tennessee, Amerika Syarikat. Ia diproses secara mikro, dirawat dengan ozon dan sinaran ultraungu.
Air ini diperagakan dalam botol kaca mewah yang dihiasi dengan kristal Swarovski. Harganya mencapai RM10,595 (USD2,520) seliter.
4. Nevas
Nevas, air mineral dari Jerman, merupakan produk yang berkolaborasi dengan jenama barang kemas antarabangsa, Aporro. Botol minuman ini disaluti emas dan dihiasi dengan batu zirkonia putih.
Air ini dihasilkan daripada mata air, dan harganya mencapai RM3,447 (USD820) seliter.
5. Kona Nigari
Menduduki tempat kelima, Kona Nigari adalah air mineral yang diekstrak dari air laut dalam di Hawaii. Berbeza dengan air laut biasa yang masin, Kona Nigari telah melalui proses nyahgaram.
Air ini terkenal kerana dipercayai memberikan manfaat kesihatan seperti meningkatkan hidrasi, menurunkan berat badan, dan mengembalikan tenaga. Harganya adalah RM2,523 (USD536) seliter.