Ramai tak tahu cara mudah siat ‘jaket’ ikan cencaru tanpa tercarik isi, hanya guna tuala, tisu

Photo of author

By Syima Iza

Ramai tak tahu cara mudah siat ‘jaket’ ikan cencaru tanpa tercarik isi, hanya guna tuala, tisu.

Ada cara mudah untuk siat ‘jaket’ ikan cencaru yang ramai tak tahu dengan hanya menggunakan tuala, tisu atau kertas.

Kalau ikut cara ini, isi ikan takkan tercarik. Jari pun tak terluka, maklumlah kulit ikan ni keras dan tajam.

Jom cuba teknik yang dikongsikan oleh Puan Mazlina Haji Ismail. Dirfahamkan cara ini diperolehi daripada tauke ikan sendiri.

Cara Siat Jaket Ikan Cencaru

Ramai tak tahu cara mudah siat 'jaket' ikan cencaru tanpa tercarik isi, hanya guna tuala, tisu

Masalah tentang ikan cencaru ini adalah cara nak buka jaket dia. Kalau silap tarik, memang tertarik sekali dengan isi.

Ikan ni tak selalu dibeli kerana anak2 tak berminat nak makan. Dek kerana mereka semua pernah duduk di asrama, makanya ikan ini dilarang untuk dimasak semasa mereka pulang bercuti. (Cencaru antara menu wajib kat asrama masing2)

Hari ini saya cuba buka jaketnya. Ada yang berjaya dan ada yang carik isinya.

Cara saya: Yang ni saya tiru cara tauke ikan buka jaket tenggiri. Dah hampir 30 tahun berlalu ingatan tentang cara buka jaket ni. Lama tapi tak pernah cuba.

1. Buang sirip tepi ikan.

Ramai tak tahu cara mudah siat 'jaket' ikan cencaru tanpa tercarik isi, hanya guna tuala, tisu

2. Cungkil kulit tepi sirip.

Ramai tak tahu cara mudah siat 'jaket' ikan cencaru tanpa tercarik isi, hanya guna tuala, tisu

3. Keluarkan kulit yang sedikit tu.

Ramai tak tahu cara mudah siat 'jaket' ikan cencaru tanpa tercarik isi, hanya guna tuala, tisu

4. Pegang kulit dengan menggunakan tuala/tisu dapur/kertas.

Ramai tak tahu cara mudah siat 'jaket' ikan cencaru tanpa tercarik isi, hanya guna tuala, tisu

5. Rentap atau tarik kulit sampai ke dalam bahagian ekornya.

Ramai tak tahu cara mudah siat 'jaket' ikan cencaru tanpa tercarik isi, hanya guna tuala, tisu

6. Hasilnya.

Ramai tak tahu cara mudah siat 'jaket' ikan cencaru tanpa tercarik isi, hanya guna tuala, tisu

Baca Lagi:
Anak patung gerak kepala sendiri, rakaman CCTV jadi bualan penduduk taman
Wanita meraung kucing kesayangan mati ditelan ular sawa
Luluh hati ibu, anak lumpuh ditendang di kepala oleh rakan sekelas lepas tegur sebar video lucah dalam group Whatsapp sekolah