Ramai tak tahu 4 punca ini boleh menyebabkan aircond kereta cepat rosak.
Kereta merupakan satu komitmen yang perlu dijaga dengan baik kerana memiliki kereta bukanlah perkara yang mudah.
Terdapat banyak aspek yang perlu dititikberatkan dalam penjagaan kereta, termasuk bahagian dalaman dan luaran.
Tidak dapat dinafikan, sistem penghawa dingin (aircond) kereta adalah salah satu ciri penting yang mesti dijaga rapi. Apabila aircond kereta rosak, pemandu dan penumpang akan merasa kurang selesa di dalam kereta, terutama jika kereta diletakkan di kawasan terbuka yang terkena cahaya matahari secara langsung.
Oleh itu, untuk mengelakkan masalah ini, kami akan kongsikan empat punca aircond kereta cepat rosak, seperti yang dijelaskan oleh pengguna TikTok @altimatsaujana.
1. Buka tingkap semasa aircond dihidupkan
Ramai yang tidak sedar bahawa membiarkan tingkap terbuka semasa aircond sedang berjalan boleh memberi kesan buruk kepada compressor. Apabila tingkap dibuka, compressor terpaksa bekerja lebih keras untuk menyejukkan ruang kereta yang terdedah kepada udara luar. Jika kerap dilakukan, compressor boleh cepat rosak dan perlu diganti.
2. Merokok atau vape dalam kereta
Asap rokok atau wap vape yang terkumpul dalam kereta bukan sahaja menjejaskan kebersihan udara, tetapi juga boleh menyebabkan penapis aircond tersumbat. Habuk dan sisa dari asap ini akan terkumpul di penapis, mengurangkan kecekapan pendinginan dalam kereta dan memaksa sistem aircond bekerja lebih keras. Akhirnya, anda mungkin perlu mengeluarkan belanja tambahan untuk mengganti penapis yang rosak.
3. Biarkan suis aircond terbuka selepas mematikan enjin
Ramai yang mengambil remeh hal ini. Kecuaian untuk menutup suis aircond selepas mematikan enjin kereta juga boleh menyebabkan kerosakan pada sistem aircond. Apabila aircond terus dibiarkan hidup semasa enjin dimatikan, ia memberi tekanan tambahan kepada sistem aircond apabila enjin dihidupkan semula. Kebiasaan ini boleh menyebabkan compressor dan komponen lain cepat haus.
4. Menggunakan pewangi kenderaan yang tidak sesuai
Pewangi kereta memang penting untuk memastikan ruang dalaman berbau segar, tetapi pewangi yang mengandungi bahan kimia tertentu boleh merosakkan cooling coil. Ramai yang tidak tahu bahawa gas dari pewangi ini boleh menyebabkan kerosakan jangka panjang kepada sistem aircond. Sebagai alternatif yang lebih baik, anda boleh menggunakan daun pandan untuk mengharumkan kereta tanpa risiko merosakkan komponen aircond.
@altimatsaujana Antara punca-punca aircond kereta cepat rosak! #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #bengkelkeretasaujanautama #bengkelkeretasungaibuloh #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabocor #aircondkeretabaubusuk #aircondkereta #automotive #automotif #automotivemalaysia #bengkelmalaysia #otomotif #otomotifmobil ♬ original sound – Altimat Saujana Utama
Dengan mengelakkan punca-punca ini, anda boleh memanjangkan jangka hayat aircond kereta dan mengurangkan kos tambahan perbaiki kerosakan kereta.
Semoga bermanfaat.