Ramai tak puas hati kedai makan caj ‘aircond’ RM1.00

Photo of author

By Syima Iza

Ramai tak puas hati kedai makan caj ‘aircond’ RM1.00.

Makan dalam suasana yang selesa amat diperlukan apabila berada di tempat makan. Namun, ada beberapa restoran yang didapati mengenakan caj tambahan untuk penggunaan aircond kepada pelanggan.

Menerusi hantaran di X.com @MALAYSIAVIRALLL, caj tersebut telah menyebabkan segelintir warganet berasa kurang senang.

Ramai tak puas hati kedai makan caj 'aircond' RM1.00

Sebagai pelanggan, mereka merasakan bahawa caj tambahan untuk penggunaan aircond menjadi satu beban apabila ingin makan dalam suasana yang selesa di restoran.
Netizen membandingkan tempat makan yang mengenakan caj aircond dengan kedai mamak dan kedai Arab yang langsung tidak mengenakan sebarang caj.

Bagaimanapun, sebahagian warganet berpendapat bahawa ada restoran yang menawarkan pilihan ruang menggunakan kipas atau aircond. Jadi, terpulanglah kepada pelanggan; jika mahu ruang yang lebih sejuk, mereka masih boleh membayar pada harga yang berpatutan.

“Kedai tak paksa pun makan dalam kawasan aircond. Kalau tak nak bayar RM1, boleh makan di kawasan terbuka di luar. Dah diberi pilihan, jangan bising pula bila kena bayar,” kata seorang warganet.

Baca Lagi:
Gaduh sebab duit, adik bakar kakak ketika solat asar hingga maut
Imam meninggal dunia ketika sedang melakukan sujud sajadah
Aplikasi ‘Jodoh Darul Iman’ hampir siap, bantu rakyat Terengganu cari pasangan