Ramai seram lihat awan menyerupai jari manusia

Photo of author

By Syima Iza

Ramai seram lihat awan menyerupai jari manusia.

Satu klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan imej awan berbentuk unik yang menyerupai jari-jemari manusia, lapor portal berita Detik News semalam.

Kejadian tersebut berlaku di Batam, wilayah Kepulauan Riau, pada Sabtu lalu.

Ramai seram lihat awan menyerupai jari manusia

Menerusi rakaman berkenaan, awan tersebut dilihat memiliki bentuk seperti tapak tangan lengkap dengan lima jari yang menyerupai tangan manusia.

Lebih menarik, ia kelihatan seolah-olah hendak ‘mengambil’ rumah-rumah yang berada di bawahnya.

“Awan di Batam kelihatan sangat aneh,” demikian menurut keterangan dalam video tersebut.

@thomson0959♬ suara asli – Thomson

Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika, Hang Nadim, menjelaskan bahawa fenomena seperti itu adalah kejadian biasa.

“Ia terbentuk akibat pergerakan angin dan tiada faktor lain,” jelas Hang.

Baca Juga:
Ramai yang tak tahu, ini ‘trick’ nak jimat hingga RM25,000 bila beli kereta baharu
Hukum kumpul patung Labubu bagi umat Islam yang ramai belum tahu
Tular dua lelaki jalan kaki dari Malaysia ke Mekah untuk tunai Haji tahun 2025