Ramai ‘sentap’ lihat warga asing makan nasi berlaukkan air kosong

Ramai ‘sentap’ lihat warga asing makan nasi berlaukkan air kosong

Apabila berkerja di negara orang, sememangnya banyak pengorbanan daripada pelbagai segi terpaksa dibuat.

Seorang pengguna TikTok berkongsi pengalaman berjumpa dengan seorang warga asing masih tersenyum walaupun makan nasi putih berlaukkan air kosong.

“Tadi ada jumpa pekerja pembersihan yang sangat rajin. Masa mereka tengah berehat, saja pergi tengok sekali dia makan nasi letak air kosong saja.

Ramai 'sentap' lihat warga asing makan nasi berlaukkan air kosong

“Bila tanya dia cakap duit nak hantar kampung. Walaupun makan macam ini dia tetap senyum. Bila nasi jatuh, dia kutip balik.

“Masya-Allah semoga mereka terus dilimpahkan rezeki Allah. Amin,” kongsi TikTok @ben.ismail_.

@ben.ismail_ Tadi ada jumpa pekerja pembersihan yg sangat rajin masa diorg tengah rehat saja pi tengok skli dia mkn nasi letak air kosong ja bila tanya dia cakap duit nk hantar kampung… walaupun mkn mcm ni dia tetap senyum bila nasi jatuh dia kutip balik… Masyallah semoga diorg terus dilimpahkan rezeki Allah Aamin #CapCut ♬ suara asli – Rtnaku_

Hantaran video itu membuatkan orang ramai ‘sentap’, kerana berasa selama ini mereka tidak mensyukuri nikmat yang diberikan.

Ramai 'sentap' lihat warga asing makan nasi berlaukkan air kosong

Situasi itu juga mengingatkan orang ramai bagaimana ibu bapa mereka bersusah-payah membesarkan mereka pada waktu kecil dahulu.

Dalam masa sama ada netizen berkata mereka akan membungkus makanan pada awal pagi. Kemudian menyedekahkan makanan itu kepada pekerja-pekerja yang bertugas di bawah matahari terik.

Sementara itu, warganet berpendapat mungkin pihak syarikat-syarikat yang menggunakan tenaga buruh boleh menyediakan makanan tambahan supaya pekerja mereka tidak mengisi perut ala kadar sahaja.

“Mereka juga manusia biasa seperti kita, mencari rezeki halal di tanah air orang lain,” ujar netizen.

Baca Juga:
Euro 2024 dah bermula, David Beckham santai tuai bawang dan ternak ayam
Heboh kad jemputan majlis pertunangan dengan Aliff Aziz, ini penjelasan Ruhainies
Misteri kehilangan pelajar sejak sebulan terjawab, rangka manusia ditemui tepi tebing jalan Yong Peng
CATEGORIES