Ramai sebak tengok Watie layan Ayash di pusara Siti Sarah

Photo of author

By Syima Iza

Ramai sebak tengok Watie layan Ayash di pusara Siti Sarah.

Ramai yang hiba dan sebak melihat tingkah laku anak bongsu kepada Shuib dan Allahyarhamah Siti Sarah iaitu Ayash Affan menziarahi pusara ibunya baru-baru ini.

Paling meruntun perasaan apabila Ayash yang kini berusia dua tahun, dilihat menyentuh batu nisan arwah ibunya yang meninggal dunia pada 2021 akibat Covid-19.

Ramai sebak tengok Watie layan Ayash di pusara Siti Sarah

Bukan sahaja Ayash jadi perhatian. Kelibat isteri baharu Shuib iaitu Watie juga menarik perhatian netizen. Ramai meninggalkan pujian, kagum terhadap wanita itu.

Rata-rata memuji sikap Watie yang disifatkan ikhlas menyayangi empat orang anak tirinya. Biar tidak lahir dari rahim sendiri, namun netizen tersentuh melihat cara layanan Watie terhadap anak-anak tirinya.

“Nampak dari raut wajah Watie dia ikhlas dengan anak-anak arwah, bertuah Shuib,” kata seorang netizen.

“Kurniakanlah kesihatan yang baik buat Watie. Boleh jaga anak-anak dengan baik,” doa seorang lagi pengguna TikTok.

@shuibsepahtu Ibu,AYASH datang ni ❤️ Kami terlalu Rindu Ibu,dari hari pertama,harini dan selamanya. InsyaAllah kita jumpa akhirnya disuatu hari yg paling Indah.Amin 🥰 @Siti sarah raissuddin @Watie Hanifiah #Shuib #AyashAffan #SitiSarah #Watie ♬ suara asli – Tami Aulia Cover – TAMI AULIYA

“Bagusnya Watie. Beruntung Shuib dapat isteri yang baik dan memahami,” kata seorang lagi netizen.

Diva pun turut ikut sebak sekali bila mengenangkan nasib anak-anak arwah Siti Sarah, terutama Ayash yang tidak pernah merasa kasih sayang daripada seorang ibu kandung. Rasa nak menangis!

Baca Juga:
Selalu beli yang dah siap, rupanya ini cara buat arang
Sah solat di belakang imam yang merokok – Mufti P. Pinang
Ustaz didakwa cabul 3 murid perempuan dalam kelas