Ramai sebak lelaki ini hilang motosikal ketika hantar isteri mengandung ‘Check Up’ di hospital.
Manusia tidak pernah terlepas daripada ujian kehidupan. Ujian yang datang pula berbeza-beza mengikut kemampuan individu masing-masing.
Walaupun sukar untuk menghadapi dugaan, hakikatnya ia mengajar seseorang menjadi lebih tabah dan kuat.
Motosikal Hilang Ketika Bawa Isteri Mengandung Untuk Pemeriksaan di Hospital
Inilah ujian yang menimpa seorang lelaki apabila motosikalnya hilang ketika dia membawa isterinya membuat pemeriksaan (check-up) di hospital.
Melalui video yang dikongsikan di TikTok @niechan0, pengguna yang dikenali sebagai Aizat berkongsi pengalaman sedihnya itu.
Difahamkan, motosikal miliknya hilang selepas dia membawa isterinya, yang sedang mengandung dan mempunyai masalah jantung, ke sebuah hospital di Selayang.
“Dari Subang ke Selayang dengan motosikal untuk follow-up masalah jantung isteri tengah mengandung. Keluar dari hospital, nak balik, motosikal dah tak ada, kena curi,” tulisnya dalam video tersebut.
Tenang Menghadapi Ujian, Yakin Rezeki Akan Bertambah Selepas Kelahiran Zuriat
@niechan0 #fyppppppppppppppppppppppp #Fyp ♬ Youtube ahdanwahyudin – ahdanwahyudn_
Apa yang menyentuh hati, pasangan itu dilihat tetap tenang dan duduk di bangku hospital sambil merenung nasib.
Dalam video tersebut, Aizat dilihat mengusap perut isterinya, yang kelihatan termenung memikirkan kehilangan tersebut. Namun, di ruangan komen, Aizat mendedahkan bahawa isterinya tidak dapat menahan air mata sebaik sahaja mengetahui kenderaan mereka telah dicuri.
Walaupun begitu, mereka menerima ujian tersebut dengan reda dan meyakini rezeki Allah SWT.
“Kami terima ujian ini. Mungkin selepas lahirnya zuriat malaikat kecil ini, rezeki kami akan bertambah,” katanya lagi.
Difahamkan, pasangan ini terpaksa menggunakan perkhidmatan Grab untuk pulang ke rumah.
Ramai Simpati, Ada Yang Sudi Memberi Bantuan
Video yang telah meraih lebih 951,000 tontonan itu menarik perhatian ramai pengguna media sosial.
Sebahagian besar netizen meluahkan rasa simpati terhadap pasangan tersebut, apatah lagi isteri Aizat sedang mengandung dan mempunyai masalah jantung.
Selain mendoakan urusan mereka dipermudahkan, ada juga yang mahu menghulurkan bantuan, termasuk menawarkan motosikal baru kepada pasangan itu. Namun, setakat ini, Aizat belum memberikan maklum balas.
Tidak kurang juga, beberapa pengguna TikTok berkongsi pengalaman sama dan mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati pada masa akan datang, memandangkan kes kecurian motosikal sering berlaku.
Berikut adalah antara komen pengguna TikTok:
“Sabar bang. Ini ujian semasa mengandung. Percayalah, anak yang isteri abang kandungkan itu anak bertuah.”