Ramai puas hati lihat penunggang motosikal jatuh ‘Cium’ jalan selepas tak lepas menyelit di lorong tol

Photo of author

By Syima Iza

Ramai puas hati lihat penunggang motosikal jatuh ‘Cium’ jalan selepas tak lepas menyelit di lorong tol.

Selalu kita lihat rakaman dashcam kereta ‘terperangkap’ selepas ada motosikal menyelit menggunakan lorong plaza tol.

Bagaimanapun, baru-baru ini seorang pengguna lebuh raya merakam detik-detik yang tidak disangkakan apabila kali ini motosikal pula tidak berjaya menyelit.

Ramai puas hati lihat penunggang motosikal jatuh 'Cium' jalan selepas tak lepas menyelit di lorong tol

Lebih memalukan apabila apabila penunggang dan pembonceng gagal mengawal motosikal lalu kedua-dua terjatuh melanggar palang tol.
Kemudian kedua-duanya tersembam ‘mencium’ jalan sambil diperhatikan pemandu kereta di belakang mereka.

Rakaman video pendek yang dimuat naik di TikTok oleh @_bud1805 telah menarik perhatian warganet. Ramai yang berasa puas hati apabila melihat situasi tersebut.

Ini kerana sudah ramai pemandu yang berhadapan dengan situasi di mana mereka ‘terperangkap’ selepas motosikal menyelit ketika menggunakan lorong tol.

Menurut warganet, reaksi tersebut timbul bukan kerana tidak berasa kasihan, sebaliknya kerana sudah lama geram apabila sentiasa menjadi ‘mangsa keadaan’ — motosikal sudah lepas tol, pemandu pula terpaksa tolong bayar tol secara ‘percuma’ dan akhirnya terperangkap.

@_bud1805Dia nak cuba nasib..tapi gagal..

♬ bunyi asal – Seven Eleven Seven Seven

Ramai puas hati lihat penunggang motosikal jatuh 'Cium' jalan selepas tak lepas menyelit di lorong tol

Dalam pada itu, ada segelintir netizen yang mempertahankan motosikal yang menggunakan lorong tol.

Mereka menyatakan bahawa penunggang motosikal berbuat sedemikian kerana laluan motosikal di lebuh raya agak berbahaya, seperti lorong motosikal yang rosak atau terdapat pihak yang berniat jahat dengan meletakkan tali halus yang boleh mendatangkan kecederaan.

Oleh itu, lorong tol dianggap sebagai ‘laluan selamat’ bagi penunggang motosikal apabila berada di atas lebuh raya.

Baca Lagi:
“Khas buat penganggur”- Syarikat pertama tawar servis pura-pura kerja
Kereta isteri rosak di tengah jalan, suami tak boleh ambil ’Emergency leave’ untuk tolong
Harta tak pernah habis sampai bila-bila, kenali 10 keluarga paling kaya di dunia