
Ramai pening nak beli Alphard atau Vellfire, ini perbezaan yang perlu anda tahu
Ramai pening nak beli Alphard atau Vellfire, ini perbezaan yang perlu anda tahu.
Alphard vs Vellfire. Mesti ada dikalangan kalian yang tertanya-tanya kan apa beza dua menatang ni?
Toyota Alphard & Vellfire adalah merupakan model MPV (Multi Purpose Vehicle) – kenderaan pelbagai fungsi.
Kedua-dua model ini boleh dikategorikan sebagai MPV Premium di Malaysia.
Biasanya yang banyak pakai model MPV ni di Malaysia adalah seperti:
- Ahli Perniagaan yang berjaya
- Ahli Politik yang berjawatan Menteri
- Ahli kongsi tak terang
- Tauke kereta sewa sebab model ni popular juga untuk disewakan di kalangan orang yang nak kahwin
Ini sekadar sebahagian
Alphard vs Vellfire: Ada beza ke?
Baik. Sebelum tu kita tengok sikit sejarah
- Alphard lahir dulu di Jepun pada tahun 2002
- Alphard hadir dengan 7 atau 8 tempat duduk
- Sehingga sekarang, Alphard dah ada 3 generasi
- Vellfire pula lahir lambat sikit, sekitar tahun 2008
Ok,
Kalau ikut dalam website Toyota Malaysia, boleh nampak jelas perbezaan yang dinyatakan antara Alphard & Vellfire
1-Harga
Toyota Alphard harga lebih tinggi daripada Toyota Vellfire. Toyota Vellfire dijual untuk Semenanjung sekitar RM 370,000 manakala Toyota Alphard dijual sekitar RM 450,000.
Jadi kita boleh anggap, Toyota Alphard lebih premium daripada Toyota Vellfire
2-Enjin
Toyota Alphard dikuasakan oleh enjin 3.5L V6
2GR-FKS
V6, 24V DOHC with VVT-iW (intake), VVT-i (exhaust)
Max Power: 221kW (300PS) / 6,600 rpm
Max Torque: 361Nm / 4,600 rpm
Manakala Toyota Vellfire pula dikuasakan oleh enjin 2.5 litre 16V DOHC
2AR-FE
In-line, 16V DOHC with Dual VVT-i
Max Power: 130kW (180PS) / 6,000 rpm
Max Torque: 235Nm / 4,100 rpm
Dari segi kuasa, Alphard lebih berkuasa berdasarkan saiz enjin yang ditawarkan oleh pihak Toyota
Manakala untuk sistem transmisi, Toyota Alphard didatangkan dengan Kekotak Gear Automatik 8 kelajuan dengan Sequential Shifter
Toyota Vellfire pula dipadankan dengan kekotak gear jenis CVT 7 kelajuan
3- Luaran
Satu benda yang dua-dua model ini sama ialah, Vellfire & Alphard punya rekaan utama badan adalah berbentuk kotak bersegi
Bayangkan sebuah peti sejuk, dibaringkan dan dipasang roda depan & belakang, macam tulah lebih kurang
Cuma jurutera Toyota adalah ubah sikit-sikit nampak jadi gagah
Yelah, bayar dekat 1/2 juta, orang perli dapat peti sejuk je
Ok
Cara paling mudah nak bezakan Alphard vs Velfire dari luar ialah dengan hanya memandang pada bahagian hadapan

Velffire

Alphard
Kalau dari belakang senang je nak cam
Sebab Toyota dah tampal Name Tag kat bonet belakang MPV ni
Hanya orang yang malas membaca je akan PM tepi orang sebelah dia tanya tu Alphard ke Vellfire
4-Alphard vs Vellfire – Dalaman
Berdasarkan info daripada laman sesawang Toyota Malaysia ni, kedua-dua model ini didatangkan dengan Captain Seat
Untuk Alphard yang Super Premium, Toyota pasang Special VIP Seat
Untuk Alphard ada Back Power Door
Power Door ni apa benda?
OK
Alphard ni pintu untuk penumpang belakang jenis sliding, macam pintu van panel yang dorang guna untuk bawak barang tu
Kalau ada power door ni, nak bukak pintu, kita cuma sungkit dia punya handle je, nanti dia automatik bergerak terbuka sendiri
Sama juga kalau nak tutup, sungkit je pemegang pintu tu, nanti dia akan automatik bergelungsur ke arah depan untuk tutup
Hebat kan
Jadi kesimpulannya, sekarang anda pasti sudah tahu sedikit sebanyak kan perbezaan mudah antara Toyota Alphard vs Vellfire
Kalau tak berapa nak mampu, takpe, kita pakai Toyota Vios sahaja pun tak mengapa
Oh ya, nak bagitau
Informasi yang kami canaikan dalam postingan kali ini bedasarkan data yang ada di website Toyota Vellfire & Toyota Alphard di Toyota Malaysia
Untuk info lanjut, kalian bolehlah layari laman sesawang mereka
Mimin baru je lepak dengan sahabat mimin time open house raya haritu. Dia kata, kalau bercadang nak pakai lepas tu nak jual balik, eloklah beli Alphard sebab resale value Vellfire tak cantik macam Alphard.