Ramai pengguna tidak tahu fungsi ‘Headrest’ yang sebenar, bukan tempat rehat kepala!
Teknologi keselamatan yang terdapat pada kereta hari ini cukup moden, menjadikan kenderaan tersebut lebih selamat untuk digunakan setiap hari.
Selain ciri keselamatan standard seperti tali pinggang keselamatan dan beg udara, kereta moden juga dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan yang dikawal secara elektronik.
Antara ciri-ciri tersebut termasuklah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC), Brek Kecemasan Automatik (AEB), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) dan banyak lagi.
Namun begitu, terdapat juga beberapa ciri keselamatan dalam kereta yang sering disalah anggap dan sebenarnya sangat penting untuk keselamatan penumpang.
Salah satunya adalah headrest, yang mungkin ramai ingat fungsi utamanya adalah untuk merehatkan kepala supaya lebih selesa ketika memandu.
Mengikut namanya, headrest (head/kepala & rest/rehat), mungkin itu anggapan kita selama ini, kan?
Namun, siapa sangka headrest sebenarnya bukanlah bermaksud tempat untuk rehatkan kepala dan fungsi utamanya bukan untuk dijadikan tempat merehatkan kepala semasa memandu.
Jadi, kali ini kami di ingin berkongsi dengan anda sebab-sebab penting mengapa komponen ini ‘wajib’ ada dalam kereta.
Rupanya ini fungsi sebenar headrest yang ramai tidak tahu Menurut portal Carl Black Of Orlando, headrest bukan bermaksud head/kepala & rest/rehat, sebaliknya ia adalah singkatan daripada dua perkataan iaitu head restraint.
Fungsi utamanya adalah untuk tujuan keselamatan yang sangat penting, terutama sekali ketika berlaku kemalangan.
Ia dapat mengurangkan kecederaan leher yang teruk, dikenali sebagai whiplash, yang disebabkan oleh pergerakan kepala dan leher ke belakang akibat kemalangan, terutamanya apabila hentaman berlaku dari belakang.
Headrest yang diletakkan pada posisi yang betul terbukti dapat mengurangkan kadar kecederaan leher sebanyak 43 peratus ketika kemalangan berlaku.
Disebabkan ia mempunyai ciri keselamatan yang penting, semua kereta moden hari ini dilengkapi dengan headrest. Malah, banyak negara mewajibkan komponen ini dipasang pada kenderaan yang dijual di pasaran mereka.
Ramai pengguna tidak tahu cara melaraskan komponen ini dengan betul Menurut Carl Black of Orlando, headrest perlu dilaraskan sekurang-kurangnya pada titik pusat graviti kepala.
Secara mudahnya, ia perlu diletakkan kira-kira 3.5 inci di bawah bahagian atas kepala.
Selain itu, jarak antara belakang kepala dan permukaan headrest juga perlu diminimumkan. Jika terdapat jarak lebih dari empat inci, risiko kecederaan leher boleh meningkat.