Ramai netizen tidak mahu melancong ke Indonesia gara-gara kes kena ‘Pau’ cecah RM9 juta

Photo of author

By Syima Iza

Ramai netizen tidak mahu melancong ke Indonesia gara-gara kes kena ‘Pau’ cecah RM9 juta.

Semalam, tular di media sosial berkenaan laporan sekumpulan rakyat Malaysia bersama sebahagian pengunjung dari negara jiran yang menjadi mangsa pemerasan, dengan jumlah keseluruhan dilaporkan mencecah lebih RM9 juta. Anggaran sekitar RM200,000 daripada jumlah itu dilaporkan melibatkan rakyat Malaysia.

Menurut laporan terkini, polis Indonesia telah menahan 18 anggotanya yang disyaki terlibat dalam kes pemerasan terhadap pengunjung festival Djakarta Warehouse Project (DWP) yang berlangsung pada 15 Disember lalu.

Ramai netizen tidak mahu melancong ke Indonesia gara-gara kes kena 'Pau' cecah RM9 juta

Isu Keselamatan & Kredibiliti Pihak Berkuasa

Susulan insiden tersebut, seorang netizen tempatan meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan serta kredibiliti pihak berkuasa Indonesia yang didakwa sengaja mengambil kesempatan terhadap pelancong, khususnya dari Malaysia.

“Sejak dulu dan akhir-akhir ni ramai pelancong Malaysia kena pau dengan imigresen dan kastam Indonesia. Imigresen di sana akan minta tip sebelum cop pasport,” dakwa seorang pengguna di sebuah grup Facebook.

Tambahnya, ada pandangan bahawa isu ini berpunca daripada kebencian sesetengah pihak di negara jiran terhadap Malaysia.

Pengalaman Netizen Jadi Perhatian

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi dengan ramai pengguna lain turut berkongsi pengalaman masing-masing.

  • Taktik Pemerasan: Ada yang mendakwa pernah menjadi mangsa pemerasan secara langsung, termasuk diminta memberi wang ‘sagu hati’ oleh pihak berkuasa di lapangan terbang atau sempadan.
  • Tuduhan Tidak Berasas: Seorang netizen mendakwa dituduh membawa syabu walaupun tiada bukti ditemui selepas pemeriksaan badan dan barangan.
  • Kebencian Tersirat: Beberapa rakyat Malaysia turut berkongsi tangkap layar daripada halaman Facebook di Indonesia yang menunjukkan cemuhan dan kebencian terhadap Malaysia.

Cadangan Boikot Melancong ke Indonesia

Akibat insiden ini, ramai netizen Malaysia kini mula mencadangkan agar negara itu diboikot sebagai destinasi pelancongan.

Bagi mereka, insiden sebegini menimbulkan rasa tidak selamat dan menimbulkan keraguan terhadap integriti pihak berkuasa Indonesia. Hal ini lebih membimbangkan buat pelancong solo, yang lebih mudah menjadi sasaran pemerasan.

Meskipun Indonesia merupakan destinasi popular bagi rakyat Malaysia, insiden seperti ini pasti menjejaskan reputasi negara tersebut di mata pelancong antarabangsa.

Baca Juga:
Telur ayam miliki bentuk bulat yang sempurna dijual RM1,128
Ini tips makan roti canai di kedai mamak yang pelik tapi berkesan
7 Sebab kenapa ramai lelaki Melayu suka wanita Amoi