Ramai netizen terkejut dengan pendedahan Chef Wan, ‘bagi elaun adik-beradik RM3,000 seorang’

Photo of author

By Syima Iza

Ramai netizen terkejut dengan pendedahan Chef Wan, ‘bagi elaun adik-beradik RM3,000 seorang’.

Chef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan menjaga kebajikan adik-beradik termasuk bekas isteri, Allahyarhamah Norhayate Ayub, selepas pemergian ibu tersayang.

Chef Wan menjaga kebajikan adik-beradik

Perkara itu dimaklumkan oleh Chef Wan dalam sebuah perkongsian bersama majalah Maskulin, baru-baru ini.

Ramai netizen terkejut dengan pendedahan Chef Wan, 'bagi elaun adik-beradik RM3,000 seorang'

Menurut beliau, semua adik-beradiknya mendapat layanan yang sama dan dia tidak kisah memberi elaun kepada mereka.

“Adik-beradik pun saya bagi elaun. Seorang dapat RM3,000, seorang RM2,000, macam duit pencen. Semua orang dapat. Selepas ibu saya meninggal, bekas isteri saya pun dapat. Adik-beradik semua saya jaga,” katanya.

Jelas Chef Wan, dia amat mementingkan berbuat kebajikan dan berkongsi rezeki dengan orang yang lebih memerlukan.

“Pada saya, saya seorang yang seimbang. Duit adalah duit. Tadi chef saya pun cakap untuk kanser, ‘banyak Chef bagi dana tahun ini’ saya kata, ‘tak apalah, sedekah’.

Biar kita mati miskin, biar kurang harta tapi kita lebihkan kebajikan. Pada akhirnya bukan tanya berapa rumah yang awak ada kan? Ada lima biji rumah, nak buat apa banyak rumah?

@maskulinmyDilimpahi dengan rezeki yang mencurah-curah membuatkan Datuk Redzuawan Ismail, atau lebih mesra disapa Chef Wan untuk saling berkongsi rezeki dengan keluarga serta orang-orang yang memerlukan. #chefwan #maskulin #majalahmaskulin

♬ original sound – Maskulin

Anak semua dah ada bahagian masing-masing, cukuplah. Tak payah beli rumah lagi dah. Duit itu lebih baik pergi travel, bagi kebajikan mana yang perlu.

Kena kebajikan yang betul-betul lah. Orang-orang susah, cacat, autistik, buta, rumah tua-tua,” katanya lagi.

Betul juga apa yang dikatakan oleh Chef Wan. Tak guna kalau kaya harta tapi tak berkongsi rezeki kepada keluarga dan mereka yang memerlukan pertolongan.

Mungkin ini salah satu cara buat kita untuk mengumpul pahala buat perhitungan di sana kelak.

Baca Juga:
Celine Dion dibayar RM9 juta hanya nyanyi satu lagi di Olimpik Paris 2024
Adidas mohon maaf pada Bella Hadid, supermodel terkenal berdarah campuran Palestin
Senator Hasbie Muda tampil mohon maaf selepas tular parkir kereta di laluan pejalan kaki, sedia dikompaun